27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Katederal Saint Francis Xavier KSFX Keningau, ungguli kejuaraan sukan solidariti

KENINGAU: Katederal Saint Francis Xavier KSFX Keningau mengungguli kejuaraan keseluruhan sempena sukan solidariti peringkat paroki KSFX 2023 anjuran Komiti Sukan dan Rekreasi KSFX yang diadakan di Zon Luanti dan Zon Kepayan , Kampung Sungoi, Apin-apin disini.

Manakala, tempat kedua,ketiga dan keempat keseluruhan masing-masing dimenangi oleh Zon Dalit, Zon Biah dan Zon Bulu Silau.

Menurut, Pengerusi Majlis Pastoral Paroki
MPP KXSF yang juga pengerusi sukan tersebut, Nancy Nelly Joneh berkata, antara aspek utama aktiviti ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan perpaduan dan kekitaan melalui sukan.

“Ia secara tidak langsung dapat memumpuk semangat setiakawan dan persiangan secara sihat tanpa mengira peringkat umur dan latarbelakang”.Katanya.

Nancy berkata, tiga acara dipertandingkan kali ini iaitu bola sepak, badminton serta bola tampar melibatkan penyertaan lelaki dan wanita.

Sementara itu, Pengerusi komiti sukan dan rekreasi ksfx Charles Jupili , berkata , bagi pihak KSFX Keningau mengucapkan terima kasih kepada semua zon yang terlibat bagi menjayakan sukan kali ini dan penambahbaikan akan dilakukan dimasa kejohanan akan datang nanti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN