30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KARNIVAL KOKURIKULUM MAYA UMS RUANG INTERAKSI TANPA SEMPADAN MAHASISWA

Oleh: Dr. JURRY FOO
Pengarah, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah, Rakan strategik Kolumnis BDB. (https://www.facebook.com/pkppumskk)
 
KARNIVAL kokurikulum adalah acara tradisi Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (PKPP UMS) sebagai program penutup tirai kursus kokurikulum berkredit pada setiap semester. Tujuan acara ini ialah sebagai medium pembentangan dan perkongsian laporan aktiviti mahasiswa sepanjang semester, mencungkil bakat, meningkatkan potensi diri dan memperkukuhkan hubungan silaturahim antara warga PKPP UMS, termasuk jurulatih, mahasiswa, staf PKPP serta pengunjung.

Penganjuran Karnival Kokurikulum bagi semester 1 2021/2022 belangsung secara maya buat kali yang ketiga akibat pandemik COVID-19. Karnival maya ini menjadi ruang interaksi tanpa sempadan kerana mahasiswa berada di kediaman masing-masing.

Beberapa kelebihan acara maya ialah pengalaman luar biasa dalam penganjuran program oleh semua pihak yang terlibat, terutamanya mahasiswa iaitu pendedahan kemahiran bekerjama secara dalam talian, kaedah memimpin yang berkesan, cara bertoleransi dan peningkata keupayaan digital. Pengalaman inilah yang akan melatih mahasiswa menghadapi normal baharu kehidupan masyarakat digital.


Cabaran utama pelaksanaan Karnival Kokurikulum Maya pula ialah masalah capaian internet dan penguasaan teknik pengendalian aplikasi digital yang terhad. Namun kejayaan penganjuran karnival ini membuktikan bimbingan jurulatih PKPP kepada mahasiswa adalah sangat berkesan dalam mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan.

Antara aktiviti menarik dalam karnival ini ialah acara kebudayaan daripada mahasiswa berbilang kaum termasuk mahasiswa antarabangsa, acara kesenian, kuiz dan pertandingan poster dan video terbaik iaitu dikendalikan sepenuhnya secara terpimpin oleh mahasiswa kursus kokurikulum berkredit semester ini. Ikuti https://www.facebook.com/pkppumskk untuk rakaman acara.


YBrsh. Prof. Datuk Naib Canselor melalui teks ucapan perasmian penutupan menyatakan harapan agar program ini menjadi pemangkin kepada semua mahasiswa untuk terus berusaha dan cemerlang dengan melibatkan diri dalam program lain seperti kursus kemahasiswaan dan mencapai hasil kerja optimum dan berkualiti tinggi. Oleh itu PKPP UMS akan terus menjalankan tanggungjawab membentuk mahasiswa holistik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN