RANAU: Karnival Kembangkan Potensi, Tingkatkan Prestasi Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Dewan Kundasang bermula 4 Disember 2023 hingga 5 Januari 2024.
Setiausaha Jawatankuasa penganjur program, Cikgu Rasineh Binti Gusili (gambar) memberitahu, pelbagai acara bakal dipertandingkan termasuklah Pidato, Deklamasi Sajak dan Syair akan dijalankan pada 4 Disember (acara rakaman) manakala Bahas Ala Parlimen (Online) pusingan 1,2,3 dan Suku Akhir pada 11-13 Disember.
Pada 3-5 Januari katanya, akan dijalankan Pertandingan Bahas Bersemuka separuh akhir.
Rasineh, yang juga guru dari SK.Kauluan Kundasang, selaku tuan rumah mengendalikan Karnival itu memberitahu, pertandingan terbuka kepada murid Sekolah Rendah Perprestasi Tinggi, Sekolah Klaster Kecemerlangan dan Sekolah TS25 diseluruh Malaysia manakala had umur ialah 10 tahun hingga 12 tahun dan semua peserta dalam satu pasukan mestilah bersekolah dalam sekolah yang sama.
“Penyertaan bagi acara Bahas Ala Parlimen terhad kepada 20 buah sekolah yang mendaftar lebih awal”, jelasnya.
Menurutnya lagi, antara objektif program itu ialah, Mengilap Bakat dan kecendorongan murid dalam kalangan sekolah berprestasi tinggi (SBT) dan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) serta sekolah TS25 dalam bidang komunikasi berkesan dan mengilap perkembangan idea kreartif, IQ yang bernas serta kemahiran berfikir aras tinggi, selain melahirkan murid berdedikasi dan berketrampilan mampu menjadi pemimpin yang seeberkeliber serta aktif dalam bidang Kokurikulum.
“Ia juga membina jalinan yang erat dengan sekolah SPT, SKK dan TS25 di Malaysia secara gabungan dalam talian dan juga bersemuka. Rasionalnya adalah membuka peluang kepada murid-murid SBT dan TS25 bersaing diperingkat kebangsaan”, tambah Rasineh ketika ditemui.
Beliau memaklumkan kepada semua sekolah yang berkenaan dan ingi n menyertai pertandingan supaya menghubungi Felurinah Malandi (019-4244830) atau Rasineh (019-8326387) untuk keterangan lanjut.
          Â