26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KANDUNGAN KURSUS TANAMAN NANAS MD2 BERI MANFAAT KEPADA PESERTA

Zulkifli (kiri) dan Herman (kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada Hendry

RANAU: Kandungan Kursus Amali Singkat Penanaman Nanas MD2 yang berlangsung di Dewan Kampung Kilimu baru-baru ini memberikan banyak manfaat kepada para peserta.

Antara topik kursus yang disampaikan oleh pegawai khas daripada Syarikat UNA CROP Sdn Bhd,  Tuan Haji Zulkifli Mahmud ialah Penyediaan Bahan Tanaman iaitu keperluan bahan tanaman sulur yang bebas daripada penyakit dan rawatan, Kaedah Penanaman Pokok Nanas di kawasan tanah rata, Kepadatan Jarak Tanaman dan Alat Keperluan Menanam, Teknik Pembajaan, Hormon/Aruhan Pembungaan, Tindakbalas Aruhan Pembungaan, Penuaian/Indeks Kematangan, Perosak, Penyakit, Syor Kawalan Penyakit dan Kawalan Rumpai.

Salah seorang peserta, Juliana Juhanis 32, ketika ditanya media Borneo Daily Bulletin memberitahu, kursus penanaman nanas tersebut adalah kali pertama dihadirinya. 

“Saya menanam nanas untuk keperluan sendiri sahaja dan tidak terfikir untuk menanam jumlah yang banyak. Tapi kalau sudah ada peluang terbuka seperti ini saya akan cuba berusaha untuk menanam nanas secara komersil. Terimakasih LIGS, saya adalah antara ahli yang baru saja mula menanam nanas MD2 berjumlah 2000 sulur. Sangat bertepatan menghadiri kursus pada hari ini kerana sememangnya saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang penanaman nanas. Kami berasa beruntung kerana kandungan kursus yang disampaikan oleh penceramah sangat berkaitan dan bermanfaat kepada semua terutama sekali seperti saya yang baru mula berjinak-jinak,” jelas Juliana.

Juliana (duduk dua dari kiri) bersama peserta yang hadir

Difahamkan, selepas ceramah semua peserta telah melakukan lawatan ke kebun para ahli penanam nanas. Dalam lawatan tersebut para peserta kursus diberikan penjelasan tentang risiko penanaman nanas di kawasan rata yang mengandungi air berlebihan ketika hujan, simptom penyakit sulur nanas dan kelebihan tanaman di atas tanah yang berbatas berbanding tanah yang tidak digembur.

Ketika menyampaikan ucapan aluan, Pegawai Lembaga Industri Getah Sabah (Ranau), Herman Ronie menjelaskan tujuan mengadakan Kursus Amali Singkat Penanaman Nanas MD2 ialah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang teknik penanaman nanas jenis MD2 kepada seramai 31 orang peserta.

“Pihak LIGS mengucapkan terimakasih kepada penceramah yang datang mengongsikan ilmu dan syabas juga kepada yang hadir kursus pada hari ini. Anda semua berada di kedudukan yang betul untuk memulakan projek penanaman nanas dari mula hingga menjadi usahawan nanas yang berjaya kelak. Pihak kami akan sentiasa memberikan khidmat nasihat dan bantuan dari semasa ke semasa selagi anda terus bertekad untuk berusaha hingga berhasil. Kita juga sentiasa terbuka untuk menerima pandangan atau berkongsi ilmu berkaitan nanas. Kemukakan sahaja kemusykilan atau jika ada masalah berkaitan nanas samada datang terus ke pejabat LIGS ataupun berhubung melalui telefon,” jelas Herman.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN