27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kampung Kilan Pulau Akar  johan Pertandingan Bercucul

BASHIR menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Kecerian Bercucul SHWP 2022 sambil diperhatikan Rithuan.

LABUAN: Kampung Kilan Pulau Akar muncul johan Pertandingan Bercucul sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2022 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan sekaligus menerima hadiah wang tunai RM3,000.

Naib johan di menangi oleh Kampung Sungai Bangat menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Sungai Miri menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Sementara itu Kampung Tanjung Aru dan Kampung Sungai Miri  menerima hadiah sagu hati masing-masing sebanyak RM500.

WANG EHSAN… Bashir menyampaikan sumbangan wang ehsan kepada salah seorang mangsa bencana alam dari Kampung Bukit Kalam sambil disaksikan Rithuan (kiri sekali) dan Ketua Kampung Bukit Kalam, Shuhaimi Haji Kula.

Majlis penyampian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias sempena Majlis Penyampaian  Sumbangan Wang Ehsan Bencana Alam   dan Penyampaian Hadiah Pertandingan  Kecerian Bercucul SHWP 2022  yang diadakan  Manara Perbadanan Labuan, pada Rabu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan,Haji Rithuan Mohd Ismail.

Terdahulu sebelum itu, Bashir yang juga Ahli Dewan Negara menyampaikan sumbangan wang ehsan Perbadanan Labuan kepada 12 mangsa bencana alam.

Penerima sumbangan tersebut melibatkan mangsa  bencana dari lima buah kampung iaitu Kampung Ganggarak, Bukit Kalam, Rancha-Rancha, Sungai Keling, dan Kampung Bebuloh akibat kejadian  fenomena air pasang besar, anging kencang dan kebakaran rumah.

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN