29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KAMI SEDIH BERPISAH DENGAN GURU BESAR – JESSANDHA

Gambar atas : Adik Nur Ariesya (bertudung), Ornella dan Nur Ariena antara pelajar yang tidak dapat menahan kesedihan

SETIAP pertemuan yang indah itu pasti akan berakhir dengan sebuah perpisahan. Perpisahaan pula seringkali mengajarkan kita betapa berharganya seseorang setelah kita ditinggalkan. Perpisahaan juga mengajarkan kita untuk menghargai bahawa setiap detik bersama orang yang kita sayang adalah anugerah yang tidak boleh disia-siakan. Yang pastinya setiap perpisahan itu amat menyedihkan.

Bila mengenang kembali saat-saat bersama guru besar, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa begitu terharu kerana kehilangan seorang guru besar yang amat kami sayang.

Pada kami,  guru besar bukan sahaja seorang guru tetapi seperti seorang bapa kami sendiri di sekolah.  Guru besar kami seorang yang tenang dan peramah namun tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Kami sedih berpisah dengan guru besar.

Adik Jessandha ketika menyampaikan ucapan

Itu antara kata-kata yang dapat diungkapkan oleh Ketua Pelajar Sekolah Kebangsaan Nalapak Ranau, adik Jessandha Jimchon, 12 tahun, seorang pelajar Tahun 6 ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perpisahan Guru Besar yang diadakan di Dewan Kampung Nalapak, baru-baru ini.

Bagi mereka, guru besar bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi daripada dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang guru yang rapat dengan pelajar, berhati murni dan senantiasa memberikan nasihat serta motivasi terbaik buat para pelajarnya.

Eric (Tahun 2) salah seorang murid menyampaikan kad ucapan kepada Alexius  Majinggol (Guru Besar) bersama Paul Gambisir  (GK.Kurikulum) dan Shamsudin Salamun  (GK. HEM)

“Guru besar kami sangat mengambil berat akan hal kami terutamanya kesihatan, sahsiah, disiplin, kabajikan dan kemajuan kami dalam akademik dan kokurikulum. Kami tetap ingat, kalau kami bising, guru besar mendiamkan kami dengan cara tersendiri dengan berkata, heeeiiii…dan kami sambut..aramai tiih. Semua kami faham, guru besar mahu kami diam dan memberikan fokus. Kami ucapkan terimakasih kepada guru besar. Jasa guru besar akan kami kenang selamanya. Kami ingin memohon maaf sekali lagi kepada guru besar kalau kami pernah menyakitkan hatinya. Selamat bersara guru besar” kata adik Jessandha dengan nada sayu ketika ditemui wakil media.

Difahamkan, antara aturcara majlis ringkas itu ialah ucapan wakil pelajar, ucapan guru besar, persembahan koir, deklamasi sajak dan lawatan terakhir ke setiap kelas oleh guru besar diiring Guru Kanan Kurikulum dan Guru Kanan Hal Ehwal Murid. Guru besar menerima berbagai cendera kenangan termasuk kad-kad ucapan daripada para pelajar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN