24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kakitangan kerajaan pemangkin kejayaan merealisasikan Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ, Malaysia Madani

Robert (duduk tengah) bersama Flovia (empat dari kiri), Neldin (empat dari kanan) dan Paul (tiga dari kanan) mengabadikan gambar kenangan bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Keningau dan Pejabat Daerah Kecil Sook yang hadir pada majlis itu.

KENINGAU: Kakitangan kerajaan pemangkin kepada kejayaan merealisasikan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dan Malaysia Madani.

Sehubungan itu, kakitangan kerajaan perlu meningkatkan produktiviti, mutu kerja dan kecemerlangan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan untuk merealisasikan hala tuju yang ditetapkan oleh kepimpinan kerajaan.

Menurut Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin, melalui kesedaran terhadap amanah dan tanggungjawab ini diharap akan dapat menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat mahupun kerajaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Daerah Keningau dan Pejabat Daerah Kecil Sook Tahun 2022 di salah sebuah hotel di sini.

Pada majlis ini turut diadakan penyampaian Anugerah Khas Pegawai Daerah kepada lima kakitangan Pejabat Daerah Keningau dan Pejabat Daerah Kecil Sook.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Datuk Flovia Ng, Pegawai Daerah Keningau Neldin Gimbang dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook Paul Isidore.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN