.Datuk Jonathan(kanan) mengenakan topi ‘Sigar’ kepada Majais diperhatikan yang lain.
RANAU: Generasi muda suku kaum Dusun diseru agar mengkaji serta mempelajari sejarah lagenda asal usul kaum mereka supaya tidak luput ditelan zaman.
Ahli Parlimen Ranau, DatukJonathan Yasin berkata, usaha menghayati dan mempelajari lagenda suku kaum Dusun adalah wajar sebagai satu warisan sejarah suku kaum sendiri untuk diwarisi generasi akan datang.
“Generasi muda kaum Dusun perlu mengetahui sejarah kaumnya sendiri termasuklah warisan tradisi dari segi sukan tradisi pakaian tradisi, kebudayaan (tarian) dan alat muzik tradisi untuk tontonan generasi masa depan”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap melancarkan Baju Tradisi Tugu Nunuk Ragang di Kg.Tampios terletak 52 kilometer dari pekan Ranau baru-baru ini.
Datuk Jonathan memuji Jawatankuasa penganjur program itu yang disifatnya sebagai positif perlu diberkan sokongan semua pihak.
“Saya bagi pihak pejabat Parlimen, bersedia untuk memberikan sokongan dan bantuan yang difikirkan perlu dan mendesak kepada Jawatankuasa penganjur mjlis ini, untuk mengendali program seumpama ini pada masa akan datang.
Mententuh permohonan Pengerusi Jawatankuasa Nunuk Ragang, Majais Gasial yang berucap mewakili Jawatankuasa penganjur majlis itu yang diserentakan dengan program ‘Ranau Camping Days’ di Tapak Perkhemahan Nunuk Ragang, memohon kepada Jonathan untuk membantu Jawatankuasa Pelaksana bagi membina sebuah Dewan Terbuka di tapak perkhemahan berkenaan yang terletak berhampiran Sungai Liwagu, untuk kemudahan, keselesaan dan keselamatan para peserta perkhemahan.
Perkhemahan itu yang diadakan selama tiga hari (9-11 Jun), melibatkan lebih 20 peserta dari daerah Ranau, Tambunan, Tamparuli, Kota Kinabalu, Kota Belud dan Kudat telah menyertai pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Memancing kategori belia lelaki dan perempuan.
Datuk Jonathan dalam reaksinya terhadap permohonan Majais, memaklumkan akan meneliti terlebih dahulu dari pelbagai segi samada tapak Perkhemahan itu bersesuaian dan tidak terletak dalam kawasan Tanah Hutan Simpan kerajaan atau atas Tanah Geran Individu.
“Banyak aspek perlu kita selidiki terlebih dahulu sebelum kita meluluskan dan menyalurkan sebarang dana atau peeruntukan kewangan”, tambah Datuk Jonathan.
Majlis itu yang dihadiri rombongan dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, ratusan penduduk dan peserta Perkhemahan diserikn dengan persembahan Tarian pelajar dari SK.Matupang Ranau.