25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kabinet Perpaduan Sabah Gariskan Halatuju Negeri Lebih Makmur dan Progresif

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri perpaduan yang baharu dibentuk komited memperkukuh kerjasama dalam memacu kemakmuran dan kemajuan Sabah bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Hajiji berkata kerajaan negeri mempunyai asas kukuh untuk meneruskan agenda pembangunan berasaskan kejayaan dicapai sepanjang lima tahun lalu, termasuk pelaksanaan pelan Sabah Maju Jaya (SMJ). Menurut beliau, SMJ 2.0 yang lebih holistik, inklusif dan komprehensif dijangka dilancarkan pada 2026 sebagai kerangka pembangunan baharu negeri.

“Kita mempunyai keupayaan yang kukuh untuk melaksanakan perkara ini, berdasarkan pencapaian pembangunan dan kemajuan dalam tempoh lima tahun lalu. Dengan pentadbiran baharu ini, kita bersedia melancarkan SMJ 2.0 demi manfaat seluruh rakyat Sabah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Negeri di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Beliau menegaskan keperluan memperkukuh kerajaan negeri bagi memastikan kestabilan politik yang berterusan serta kesinambungan kemajuan. Katanya, kejayaan lima tahun terdahulu adalah hasil usaha konsisten untuk mewujudkan persekitaran stabil dan kondusif bagi pembangunan.

“Dengan pentadbiran baharu ini, saya dan anggota Kabinet akan memperteguh komitmen untuk mengekalkan kestabilan dan mendokong agenda politik berteraskan perpaduan serta pembangunan,” katanya.

Hajiji turut menegaskan peranannya sebagai pemimpin seluruh rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama. “Saya adalah Ketua Menteri untuk semua, berkhidmat secara adil tanpa prejudis,” tegasnya.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan portfolio 17 timbalan menteri yang mengangkat sumpah pada Selasa. Mereka ialah:

Jabatan Ketua Menteri
– Datuk Joniston Bangkuai (GRS)
– Datuk Isnin Aliasnih (GRS)
– Datuk Mandela Malakun (GRS)

Kerja Raya dan Utiliti
– Datuk Limus Jury (GRS)
– Dato’ Sri Dr. Ruddy Awah (GRS)

Kewangan
– Datuk Ben Chong (GRS)
– Datuk Ishak Ayub (STAR)

Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
– Datuk Jonnybone Kurum (GRS)

Kerajaan Tempatan dan Perumahan
– Datuk Fairuz Renddan (Bebas)
– Datuk Maijol Mahap (Bebas)

Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan
– Datuk Haji Ruslan Muharam (GRS)
– Datuk Hendrus Anding (GRS)

Pembangunan Luar Bandar
– Datuk Samad Jambri (GRS)
– Datuk Juil Nuatim (GRS)

Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi
– Jordan Jude Ellron (Bebas)

Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
– Dr. Andi Rizal (GRS)

Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
– Datuk Rina Jainal (Bebas)

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN