24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jurus muncul juara pertandingan melastik peringkat Kg.Tungou

PEMENANGĀ  KATEGORI WARGA EMAS LELAKIā€¦Dari kiri, Agustine (johan), Sahibin (naib johan) dan Satrin.

RANAU: Jurus@Agustine Dabbal  64, muncul Juara Pertandingan Slingshot (Melastik) Merdeka kategori Warga Emas lelaki peringkat Kg.Tungou di sini pada Ahad.

Dengan kemenangan itu Jurus menerima hadiah berupa hamper bernilai lebih RM50 sumbangan Datuk Haji Saprin Bin Karim.

Naib Johan disandang oleh Sahibin Podok  71, meletakkan Satrin Bin Nasir  68, ditangga ketiga masing-masing menerima hadiah berupa hamper sumbangan Nasimin Yantangon dan Jabilin Bin Hadimin@Kodsingin.

Johan kategori Warga Emas Wanita diberikan kepada Masriah  Binti Wali, disusuli Sitimah Binti Kalangan (naib johan) dan tempat ketiga disandang oleh Masiah Binti Danting. Semua pemenang telah menerima hadiah berupa hamper sumbangan Musilin Bin Wasiman.

Juara bagi kategori kanak-kanak disandang adik Mohd. Zamry Jusinin dan adik Muhamad ditangga Naib Johan disusuli adik Puteri Effa Binti Musilin (ketiga)Ā  turut menerima hadiah berupa hamper.

WARGA EMAS WANITAā€¦Dari kanan: Masriah (Johan) Sitimah (naib johan) dan mosiah.

Bagi kategori Wanita Johan disandang oleh Lizah Miki meletakkan  Manisah Alip ditangga Naib Johan dan Noreyani Binti Upin@Waily  menduduki tangga ketiga, juga masing-masing menerima hadiah berupa hamper.

Juara bagi kategori Lelaki Dewasa disandang oleh Mohd.Saaidi Bin Sahibin disusuli Mohd.Fariz Johari (Naib Johan) dan Harimin Bin Agustine menduduki tempat ketiga juga masing-masing menerima hadiah berupa hamper.

Agustine selaku Pengerusi Jawatankuasa pengelola, ketika ditemui memberitahu program itu merupakan antara aktiviti sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, ‘Hari Sabah’ dan Hari Malaysia tahun ini.

“Acara-acara yang telah dan akan dianjurkan adalah bantuan  tenagakerja daripada aggota Rela Platun 0010 Kg.Tungou sebagai bukti sokongan terhadap saranan kerajaan bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, ‘ Hari Sabah’ dan Hari Malaysia tahun ini yang bertemakan ‘Malaysia Madani, Jiwa Merdeka'”, jelas Agustine sambil merakam penghargaan dan terima kasih juga kepada para penyumbang kos hadiah.

“Kita mengharapkan agar lebih ramai lagi tampil penyumbang bagi membiayai hadiah kepada para pemenang acara pada masa akan datang. Ada kewangan maka banyak acara boleh kita anjurkan”, tambah Agustine sambil berterima kasih kepada semua Media khususnya BDB kerana menyiarkan aktiviti Warga Emas Kg.Tungou Ranau tahun ini.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN