25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

JUPEM ‘A’ Ungguli Kejohanan Dart Merdeka Pusat Koreksional Labuan 2025

Tajudin (dua kiri) menyampaikan hadiah johan kepada pemain JUPEM A diperhatikan Mohd Saad (kiri).

LABUAN: Pasukan JUPEM ‘A’ mengungguli Kejohanan Dart Merdeka 2025 anjuran Pusat Koreksional Labuan yang berakhir pada Ahad lalu.

A. Latif Nordin dan Affendy@Andy Ahbidin yang mewakili JUPEM ‘A’ menerima hadiah wang tunai RM500 selepas dinobat juara kategori Bergu.

Naib juara dimenangi oleh Pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) “D” yang diwakilii Hamidan Azman Kamara dan Sapawi Mohd Yussof untuk berkongsi hadiah wang tunai RM300.

Manakala tempat tiga bersama dimenangi pasujan ILP yang diwakili Ahman Suhaili dan Roslee Tuah dan SESB Labuan diwakili Anson Gregory Michael dan Shahril Azhar Saili menduduki tempat ketiga bersama mernerima RM150.

Perlawanan akhir yang diadakan di Dewan Sri Timbalai Pusat Koreksional Labuan menyaksikan JUPEM ‘A’ mengugguli kejohanan selepas mengalahkan JKR “D” dengan kiraan mata 4-1.

Pemain JUPEM ‘A’, Affendy @Andy Ahbidin turut menerima hadiah khas “Most 180” manakala Ramsah Rahman dari pasukan RTM Labuan memenangi kategori “Bull Checkout”.

Kejohanan Dart Merdeka 2025 Beregu Lelaki Tertutup agensi dan jabatan kerajaan WP Labuan itu diadakan pada 2 hingga 3 Ogos lalu.

Sebanyak 48 pasukan mengambil bahagian pada pertandingan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi PKL yang dikelolakan Kelab Dart Mania PKL.

Pengarah Pusat Koreksional Labuan, PKP Tajudin Tungal menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Tajudin berkata kejohanan itu akan diadakan setiap tahun bagi mengeratkan hubungan baik PKL dengan jabatan dan agensi di WP Labuan.

Katanya, menerusi pertandingan itu dapat mencungkil bakat-bakat dan pemain terbaik bukan sahaja mewakili agensi tetapi juga WP Labuan pada masa akan datang.

Turut hadir, Pengarah JBPM Labuan Abd Rahman Ali dan pengerusi penganjur, TPP Mohd Saad Bantalani.

Hadir sama wakil ketua-ketua jabatan.

Tamat.

GBR1 – Tajudin (dua kiri) menyampaikan hadiah johan kepada pemain JUPEM A diperhatikan Mohd Saad (kiri).

GBR2 – Tajudin (tengah) bergambar kenangan bersama peserta.

GBR3 – Tajudin (tiga kiri) bergambar bersama AJK penganjur.

Pemain JUPEM ‘A’, Affendy @Andy Ahbidin turut menerima hadiah khas “Most 180” manakala Ramsah Rahman dari pasukan RTM Labuan “Bull Checkout”.

Kejohanan Dart Merdeka 2025 Beregu Lelaki Tertutup agensi dan jabatan kerajaan WP Labuan itu diadakan pada 2 hingga 3 Ogos lalu.

Sebanyak 48 pasukan mengambil bahagian pada pertandingan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi PKL yang dikelolakan Kelab Dart Mania PKL.

Pengarah Pusat Koreksional Labuan, PKP Tajudin Tungal menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Tajudin berkata kejohanan itu akan diadakan setiap tahun bagi mengeratkan hubungan baik PKL dengan jabatan dan agensi di WP Labuan.

Katanya, menerusi pertandingan itu dapat mencungkil bakat-bakat dan pemain terbaik bukan sahaja mewakili agensi tetapi juga WP Labuan pada masa akan datang.

Turut hadir, Pengarah JBPM Labuan Abd Rahman Ali dan pengerusi penganjur, TPP Mohd Saad Bantalani.

Hadir sama wakil ketua-ketua jabatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN