KOTA KINABALU: Kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mengunjungi pasar raya serta dine-in dalam restoran bagi mereka yang belum lengkap dua dos vaksin sehingga 14 September ini disambut baik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Junz Wong berkata, kelonggaran itu disahkan sendiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.
“Saya telah berhubung sendiri dengan Datuk Masidi Manjun, beliau telah mengesahkan dan menjelaskan kepada saya bahawa “SOP dua dos vaksin” telah dikuatkuasakan.
“Walau bagaimanapun jelas Masidi, tiada kompaun atau saman akan dikenakan kepada pelanggan-pelanggan yang memasuki pasar raya atau dine-in sepanjang 14 Ogos – 14 September 2021,”
“Ini bermakna, orang ramai yang belum menerima dua dos vaksin masih dibenarkan memasuki pasar raya, dine-in dan sebagainya,” kata Junz dalam satu muat naik di laman Facebook, semalam.

Muat naik Junz di laman Facebook miliknya
Menurut Junz, perkara sebegini dilaksanakan untuk mendidik.
Sehubungan itu tambahnya, dalam tempoh sebulan yang diberikan, diharap agar lebih ramai rakyat di negeri ini menerima dua dos vaksin.
Terdahulu, kerajaan negeri mula memberi kelonggaran dan menetapkan beberapa syarat berkaitan kemasukan ke premis perniagaan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu.
Langkah ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Ogos lalu mengenai beberapa kelonggaran diberikan terhadap individu yang lengkap divaksin.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4182999361791616&id=302710879820503
Menerusi SOP yang dikemas kini, kerajaan negeri memutuskan hanya membenarkan individu lengkap divaksin boleh masuk ke pasar raya dan dine-in di restoran berkuat kuasa serta-merta.
Terdahulu, menerusi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikemas kini, hanya individu lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan mengunjungi pasar raya serta dine-in dalam restoran.
“SOP ini termasuklah mereka yang sebagai pekerja serta semua pelanggan Pasar raya dan Hypermarket selain berstatus risiko rendah COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.