28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Jumlah ahli PGRS DUN Tungku terus bertambah

Chi Hon Wan (dua kiri) bersama yang lain merakam gambar bersama Datuk Masidi (tengah).

RANAU: Dewan Undangan Negeri (DUN) N.60 Tungku kini mencatatkan kira-kira 900 ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) dan jumlah itu dijangka bertamba dari masa ke semasa.

Pengerusi PGRS Dusun Begak Tungku, Chi Hon Wan memberitahu, jumlah yang sudah tersenerai akan bertambah dengan adanya kesedaran rakyat terhadap kepentingan untuk bersatu dalam satu parti yang kukuh menyatu-padukan rakyat di Sabah.

“Saya berkeyakinan rakyat sudah punyai kesedaran bahawa menerusi PGRS, rakyat negeri Sabah akan menikmati arus pembangunan perdana”, jelas Chi Hon Wan, ketika ditemui semasa mengunjungi majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun di Dewan Masyarakat Ranau baru-baru ini.

Chi bersama beberapa rakannya dari dari Dusun Begak Tengku yang turut bersama dengan Timbalannya, Stephen Bin Suduk dengan dua lagi, Akhir Bin Sait dan Keny Chi adalah antara lebih tiga ribu penduduk yang menghadiri majlis tersebut.

Hadir sama ialah, Timbalan Menteri Kerja Raya Sabah yang juga ADUN Bingkor, Datuk Robert Tawik, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah yang juga ADUN  N.38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, Timbalan Ketua Menteri II, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan ADUN N.36 Kundasang, Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunsalam dan mantan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr.Ewon Ebin.

Chi Hon Wan turut sependapat dengan Dsp.Masidi yang menyifatkan majlis rumah terbuka Hari Raya sebagai landasan utama bagi memantapkan  perpaduan dan persaudaraan dikalangan rakyat tanpa dibatasi perbezaan latarbelakang, kaum, agama, budaya dan idologi politik.

“Menerusi sambutan perayaan seperti ini, amat sesuai sekali untuk dijadikan sebagai ruang dan peluang rakyat untuk memupuk perpaduan dan persaudaraan sedia terjalin dikalangan mereka sama dengan perayaan lain, seperti Krismas, Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Deepavali dan perayaan yang lain”, tambah Chi.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN