33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jumain bertekad tampil corak kepimpinan berteraskan keharmonian etnik dan anutan agama

Jumain….. Tekad untuk menjadikan perjuangan Umno Bahagian Beluran lebih mesra rakyat berteraskan keharmonian.

BELURAN: Calon Ketua Bahagian Umno P.183 Beluran, Jumain @ Jumail Latip bertekad untuk menampilkan corak kepimpinan berteraskan keharmonian etnik dan anutan agama di kawasan tersebut bagi merealisasikan konsep ‘Malaysia Madani’ sesuai dengan kepimpinan kerajaan semasa.

Menegaskan perkara itu, beliau berkata, tekad untuk menjadikan perjuangan Umno Bahagian Beluran lebih mesra rakyat antara agenda penting untuk menjadikan parti itu lebih peka terhadap permasalahan rakyat untuk disuarakan ke peringkat lebih tinggi.

“Saya menyedari keperluan rakyat Beluran yang masih memerlukan perhatian pihak atasan khususnya agenda pembangunan infrastruktur semasa. Pendekatan kepimpinan berteraskan keharmonian membolehkan rakyat lebih senang berbicara dengan pemimpin tanpa segan silu dan dengan cara itu maka saya akan memperolehi lebih banyak informasi semasa berhubung keperluan rakyat akar umbi”. Jelasnya.

Tambah beliau, selain pembangunan infrastruktur kawasan itu, beliau juga akan menjadi sebahagian daripada pemimpin yang bersuara lantang untuk mempastikan taraf ekonomi dan pendidikan rakyat terus meningkat agar daerah Beluran lebih berdaya saing dengan daerah-daerah lain di negeri ini.

Dalam pada itu, Jumain turut membayangkan barisan kepimpinan Umno Beluran yang lebih mantap yang dibarisi kepimpinan muda dan veteran agar adunan jentera parti akan berjalan seiringan dengan arus politik semasa.

Katanya, sekiranya para perwakilan Umno bahagian itu memberikan kepercayaan kepada beliau, struktur jentera Umno kawasan tersebut perlu dianggotai kedua-dua pihak iaitu pemimpin muda-mudi dan veteran bagi mewujudkan konsep ‘Semak Dan Imbang’ dalam pentadbiran parti.

“Ini penting kerana arus politik masa kini perlunya tenaga muda dan veteran agar segala perkara yang dirancang saling mendapat buah fikiran yang tuntas. Cadangan yang dilontarkan oleh pemimpin muda akan mendapat nasihat dan pandangan daripada pemimpin lebih berpengalaman dari golongan veteran’’. Katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pemilihan jawatan Ketua Umno P.183 Beluran bakal diadakan semula pada Sabtu ini di Sandakan Hotel selepas ditangguhkan pada Mac lepas yang menyaksikan empat orang pemimpin bakal bertanding terdiri daripada Jumain @ Jumail Latip, Julie Sabran, Datuk Hj.Surady Kayong dan Mohammad Arifin Pachuk.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN