27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JPWPL anjur Gotong Royong Perdana untuk dapatkan Pensijilan Semula EKSA

SOKONGAN….sebahagian daripada warga JPWPL  bersama Yusup (tengah)  yang hadir melaksanakan gotong royong EKSA

LABUAN: Ahli Jawatankuasa  Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) telah mengadakan gotong-royong  sebagai usaha mencapai semula persijilan EKSA oleh pihak MAMPU.

Gotong royong perdana yang diadakan di kawasan  bangunan  Sektor Teknologi Pendidikan JPWPL, Kampung Sungai Lada itu telah dilancarkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yusup Mohamad, baru-baru ini.

Seramai 80 warga JPWPL menyertai gotong royong tersebut untuk membersihkan seluruh kawasan  yang membabitkan lapan   zon  bagi memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih sekaligus mengembeling tenaga untuk  mencapai pensijilan semula EKSA .

Terdahulu Yusup ketika berucap pada program itu, menekankan kepada semua warga JPWPL  supaya memastikan pejabat sentiasa kondusif bagi warga kerja dan juga kepada pelanggan.

YUSUP menanam anak pokok sebagai tanda simbolik gotong royong perdana EKSA.

“Dengan Amalan EKSA diharap mewujudkan suasana dan budaya kerja di jabatan yang lebih tersusun, kemas, selesa dan selamat.

“ Pelaksanaan Amalan EKSA memerlukan komitmen daripada semua peringkat warga jabatan. Janganlah menganggap pelaksanaan EKSA merupakan  tambahan tugasan tetapi sebaiknya amalan EKSA diserap, dihayati dan diamalkan bagi mewujudkan suasana kerja yang aman, selain dapat memupuk semangat berpasukan dan  bertanggungjawab” katanya.

Selain itu  katanya, ianya akan dapat menggalakkan aktiviti pembudayaan Amalan Hijau disamping meningkatkan imej korporat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pada program itu Yusup turut menanam sebatang anak  pokok sebagai tanda  simbolik pembudayaan amalan hijau dan pelaksanaan gotong royong.

Hadir sama Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran  Yahya Ahmad Putih,  Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber  Teknologi Pendidikan JPWPL, Marten Datuk Abdul Rahman  serta Ketua-Ketua Penolong Pengarah yang lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN