GOTONG ROYONG….Harun ( 2 dari kiri) bersama penduduk kampung yang menjayakan gotong royong Perdana kampung Tanjung Aru.
LABUAN:Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Aru tidak ketonggalan untuk menyertai Program Gotong Royong (GoRo) 2024 yang dilaksanakan setiap kampung anjuran Perbadanan Labuan.
Program yang bermula jam 8 pagi disertai hampir 100 warga kampung itu di ketuai oleh Pengerusi JPKK Tanjung Aru, Haji Harun Damit.
Tumpuan utama dalam program tersebut ialah mrmbersihkan dan mengindahkan jalan simpang ke balai raya dan Taska Permata.
Dalam pada itu, Harun ketika ditemui berkata program yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan melibatkan semua kampung yang dijalankan serentak, pagi kelmarin.
“ Program GoRo antara lain bertujuan bukan sahaja untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan kampung tetapi juga memastikan kelestarian alam semula jadi kampung masing masing” katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada warga kampung yang sama sama menjayakan program tersebut.