Hendrus Anding (tiga, kiri ) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek menyerahkan watikah perlantikan kepada seorang penerima lantikan JPKK di Kota Marudu.
Kota Marudu: Satu Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) telah diadakan.
Hendrus Anding, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) berkata JPKK yang dilantik perlu memaklumkan dengan kadar segera kepada wakil rakyat jika terdapatnya rakyat yang memerlukan keperluan mendesak.
“JPKK juga adalah merupakan agen penyampai maklumat dan agenda serta memudahcara program kerajaan”, katanya.
Bagi kawasan Tandek seramai 74 orang JPKK yang telah dilantik bagi kampung masing-masing. Majlis di adakan di Pejabat ADUN Tandek.
Majlis Ini turut dihadiri oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Majawap Masantun, Pegawai Kemajuan Masyarakat, Joseh Vung Nyuk Chin, serta Pemaju-Pemaju Mukim.