27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JPKK perlu ada Visi dan Misi untuk capai Kemajuan, Keselamatan dan Keceriaan: Jonathan

Para peserta dan penceramah Kursus merakam gambar kenangan bersama Datuk Jonathan (duduk tiga kiri).

RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri II,  Datuk Jonathan Yasin menyeru semua Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) agar punyai Visi dan Misi yang jelas untuk dicapai demi Kemajuan, Keselamatan dan Keceriaan (3K) di sesebuah kampung.

Menurutnya, setiap organisasi JPKK, harus berdaya saing  dalam aspek kemajuan  sama ada dalam bidang  Pertanian, Ternakan, Pelancongan dan Homestay yang difikirkan boleh menjadi produk di sesebuah kampung sekaligus memberi manfaat kepada komuniti setempat.

“Pihak JPKK perlu bijak mencari sumber yang boleh diusahakan bagi mendapat hasil yang memberi manfaat kepada penduduk setempat’, jelasnya ketika berucap merasmikan  Kursus Pentadbiran JPKK peringkat Mukim Lohan 1, di
Dewan Homestay Lohan di sini pagi tadi (28Januari) yang dihadiri  Pengerusi JPKK dan Ketua Kampung Mukim Lohan.

Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau, mahukan semua JPKK bijak merancang dan melaksanakan projek-projek kecil ke arah lebih positif demi manfaat kepada komuniti keseluruhan tanpa membezakan agama, suku kaum dan idologi politik.

“Rancang dan laksanakan sesuatu program secara permuafakatan (bergotong royong) jika ada, tanpa terlalu bergantung sangat terhadap dana daripada kerajaan.

“Usahakan sesuatu aktiviti yang difikirkan sesuai di sesebuah kampung dan pihak  Pejabat Parlimen Ranau sedia membantu memberi dana kepada mana-mana yang difikirkan perlu dan lebih mendesak,” tegasnya.

Sempena program itu, Datuk Jonathan meluluskan peruntuk dana berjumlah RM45 ribu, kepada  9 JPKK (RM5 ribu) setiap kampung yang menghadiri kursus tersebut.

Sembilan JPKK kampung terlibat ialah, Kg.Silad, Kg. Lohan Ulu, Kg. Lohan 1, Kg.Kilimu,  Kg.Nampasan Baru, Kg.Kinasaraban Baru,  Kg.Lohan 2, Kg.Randagong Baru dan Kg.Simpangan Poring.

Turut berucap ialah, Pengerusi JPKK Kg.Lohan 1, Wasli Bin Jamil yang mewakili peserta merakam penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan, manakala hadir memberi ceramah kepada peserta ialah Onit@Sainin Bin Hamid daripada UPPM Pagintan menyampaikan Ceramah bertajuk ‘Peranan dan Tanggungjawab  JPKK’ disusuli ‘Kecemerlangan JPKK’ oleh Setiausaha JPKK Kg.Kilimu, Vevianni Binti Tain.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN