26 C
Kota Kinabalu
Selasa, September 26, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

JPKK, KRT digesa berganding bahu rancang aktiviti bermenafaat kepada masyarakat setempat: Robert

Robert memalu gong sebagai tanda rasminya Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Kikiran Apin Apin.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menggesa Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) supaya berganding bahu merancang aktiviti-aktiviti yang mendatangkan faedah dan menafaat kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata, aktiviti yang memberi manfaat kepada penduduk kampung dan sekitarnya perlu diteruskan dari masa ke semasa.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, sebagai Wakil Rakyat di kawasan Bingkor beliau akan terus sentiasa memberikan sokongan kepada apa juga aktiviti yang membawa kebaikan kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Kikiran Apin Apin anjuran bersama JPKK dan KRT kampung itu.

Menyentuh sambutan Pesta Kaamatan Robert berkata, ia sudah tentu dapat memperomosikan adat istiadat dan kebudayaan masyarakat Bingkor khususnya.

Selain itu katanya, ia juga akan menarik pelancong dari luar dan dalam di kawasan ini.

Pada masa sama Robert mengucapkan tahniah kepada JPKK dan KRT kampung itu yang dapat bersepakat dan bekerjasama menganjurkan aktiviti serupa itu.

“Ini contoh teladan yang baik dan perlu dicontohi oleh badan-badan organisasi yang lain” katanya.

Katanya, dengan adanya aktiviti sambutan serupa ini, ianya dapat merapatkan tali persaudaraan yang sedia wujud sejak nenek-moyang.

Turut hadir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Bingkor Tinus Majip dan para pemimpin masyarakat di kawasan Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN