27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JPKK Kampung Ranggom terima sumbangan daripada ADUN Bingkor

Haji Yazid menyampaikan sumbangan kepada Justine.

KENINGAU:Jawatankuasa Pembangunan dan  Keselamatan Kampung (JPKK)Kampung Ranggom menerima sumbangan kewangan daripada ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan tersebut adalah untuk membiayai program gotong-royong pembersihan kawasan perkuburan dan persekitaran kawasan balai raya kampung tersebut.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor yang juga Ahli Majlis Daerah Keningau Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles mewakili Datuk Robert kepada Pengerusi JPKK Kampung Ranggom Justine Majip.

Justine bagi pihak penduduk Kampung Ranggom berterima kasih kepada Datuk Robert yang amat mengambil berat terhadap keperluan rakyat dan tidak pernah mengeciwa apa juga permintaan yang diajukan oleh JPKK di kawasan Bingkor.

“Sudah tentu, program yang telah dirancang oleh JPKK dapat dijalankan dengan jayanya” kata Justine 

Turut menerima sumbangan kewangan daripada Datuk Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya adalah adik Jean Johnson  Jeromey dari Kampung Mararagang Apin-Apin Bingkor Keningau.

Adik Jean Johnson mendapat tawaran    ke kolej Matrikulasi Labuan dalam pengkhususan Sain.

Sumbangan tersebut juga disampaikan oleh Haji Yazid yang juga Ketua Biro Pendidikan STARSABAH Bahagian Bingkor kepada ayah Jeromey, Januanus Bundou di Pejabat ADUN N.40 Bingkor 

Januanus amat terharu dengan keprihatinan Robert menghulurkan sumbangan tersebut kepada anaknya.

“Sumbangan ini, sudah tentu dapat membantu meringankan bebanan keluarga kami dalam menampung perbelanjaan semasa menghadiri pendaftaran di kolej matrikulasi Labuan. Saya dan keluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Datuk Robert atas sumbangan tersebut” katanya.

Sementara itu Persatuan Ibubapa Dan  Guru ( PIBG) Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin juga menerima sumbangan kewangan daripada Datuk Robert.

Sumbangan tersebut adalah untuk membiayai program PIBG yang akan menganjurkan Bengkel Keusahawanan Digital pada 30 Julai ini.

Sumbangan tersebut juga disampaikan oleh Haji Yazid kepada Yang Dipertua PIBG SK Liau Puan Kamsi Ahmad di Pejabat ADUN N.40 Bingkor. 

Puan Kamsi mewakili ahli ahli PIBG sekolah itu merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert atas sumbangan tersebut.

Katanya, sumbangan tersebut amat bererti kepada ahli ahli PIBG khususnya peserta bengkel yang akan menyertainya.

Menurut Kamsi bengkel tersebut adalah bertujuan mendedahkan kepada ahli-ahli PIBG  yang mempunyai perniagaan kecil-kecilan  terhadap peluang teknik dan cabaran dalam keusahawanan digital.

Katanya lagi, ia diharapkan mampu membantu  meluaskan lagi cara pemasaran produk  sekaligus meningkatkan hasil jualan para peserta bengkel .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN