ADVERTISEMENTspot_img

JPDS catat kutipan hasil RM40.76 juta bagi tahun tahun 2025

Ewon bersama dif dif Kehormat ketika merasmikan secara simbolik Majlis Apresiasi dan Sanjungan Budi 3025 JPDS .

LABUAN: Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) mencatatkan kutipan hasil yang memberangsangkan sebanyak RM40.76 juta bagi tahun 2025.

Pengarah JPDS, Maswandie Maimoon berkata pencapaian tersebut adalah hasil daripada kerja keras, komitmen tinggi serta kerjasama padu seluruh warga jabatan dalam merealisasikan visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan, sekaligus menyumbang kepada peningkatan hasil negeri Sabah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi dan Sanjungan Budi 2025 JPDS yang diadakan di Hotel Tiara Labuan, pada Isnin.

Majlis yang penuh gilang gemilang itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick.

Pada majlis itu, Maswandie turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kakitangan atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang tahun, yang menjadi pemangkin kepada kejayaan jabatan ia juga seiring dengan hasrat kerajaan ke arah pendigitalan perkhidmatan awam.

“JPDS kini giat memperkasa sistem digital termasuk pelaksanaan Sistem Kapal Kecil Berlesen Sabah (E-KKBS) yang dijangka mula digunakan pada tahun 2026, termasuk beberapa sistem lain seperti Sistem Cukai Pendaratan, Sistem Izin Belayar serta Sistem Lesen dan Permit Beroperasi”, katanya.

Selain itu katanya, JPDS sedang bekerjasama dengan Jabatan Bendahari Negeri Sabah untuk melangkah ke fasa baharu dengan memperkenalkan kemudahan pembayaran tanpa tunai di Pelabuhan Menumbok, yang dijangka dapat meningkatkan kecekapan, keselamatan serta memudahkan urusan pengguna selaras dengan aspirasi

Pada majlis itu, seramai tiga kakitangan JPDS menerima Anugerah khas Pengarah JPDS 2025 dan 23 orang lagi menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang (APC 2025).

Hadir sama, Pembantu Menteri Kementerian Pembanguman Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Jonnybonne J. Kurum, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Thomas Logijin, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Moria David dan Pengurus Besar Lembaga Pelabohan Pelabohan Sabah, Dollyn Aloysius.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN