30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JPBD Labuan terima 50,000 topeng muka dari NADMA

Oleh: JD

LABUAN: Jawatakuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan menerima sebanyak 50,000 topeng muka dan 25,000 sarung tangan getah daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Semua barangan tersebut diterima pada petang Jumaat melalui penghantaran khas menggunakan pesawat Chalie Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dari Subang ke Kota Kinabalu Sabah sebelum mendarat dan tiba di Lapangan Terbang Labuan kira-kira jam 5.30 petang.

PENYERAHAN….. Muhammad Alif (kanan) secara simbolik menyerahkan barangan berupa topeng muka dan sarung tangan getah kepada Zico (kiri)

Sementara itu, majlis penyerahan peralatan itu dilakukan oleh Pegawai Perhubungan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Sarjan (U) Muhammad Alif Onn Salleh kepada Pengawai Angkatan Peratahanan Awam (APM) Wilayah Persekutuan Labuan, Mejar Zico Sual.

Menurut Zico, topeng muka dan sarung tangan getah itu adalah untuk kegunaan petugas barisan hadapan seperti Jabatan Kesihatan, Polis dan Tentera termasuk Anggota Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam menjalankan tugas penguatkuasaan dan menangani wabak COVID 19 di pulau ini. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN