25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JPBD Labuan sahkan pasangan suami isteri negatif sebelum dibenar rentas negeri

RITHUAN   bersama media dalam sidang media yang diadakan secara maya, pada Rabu (gambar)

OLEH: JAINUDIN DJIMIN

LABUAN : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan mengesahkan pasangan suami isteri yang pulang ke  Tawau Sabah dari Labuan yang dilaporkan telah  mencetuskan kluster  COVID-19 di daerah itu  telah disahkan negatif sebelum merentas negeri.

Pengerusi JPBD Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata pasangan tersebut telah menjalani ujian RTK- Antigen  terlebih dahulu sebagai syarat  kemasukan ke Sabah dan ujian tersebut didapati adalah negatif.

Katanya, berikutan laporan   itu Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (JKNWPL) telah mengambil tindakan serta merta dan mengenalpasti kesemua kontak rapat pasangan itu di Labuan untuk menjalani ujian saringan dan kesemua mereka   didapati negatif.

“Berdasarkan hasil dapatan diperolehi, mendapati  pasangan tersebut telah berada di Sabah iaitu di daerah Tawau telah melebihi seminggu  ” katanya semasa  pada sidang media secara maya yang diadakan pada pagi Rabu.

Rithuan berkata  demikian sebagai merujuk  kenyataan Media    Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun berhubung  isu kes indeks  pasangan suami isteri dari Labuan yang dilaporkan positif  sehingga mencetuskan kluster baharu  di  Tawau Sabah.

Menurut Rithuan, pasangan suami isteri itu disahkan positif  oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melalui Pejabat Kesihatan  Daerah Tawau ketika  menjalani RTK Antigen selapas pasangan suami isteri itu ingin kembali semula ke Labuan.

“Jabatan Kesihatan Labuan telah dimaklumkan berkaitan kes tersebut oleh JKN Sabah  dan JPBD Labuan mengucapkan terima kasih kepada JKN Sabah kerana  memastikan SOP ke masukan ke Labuan telah dipatuhi sehingga dapat menjejaki kes tersebut sebelum kes berkenaan memasuki Labuan” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rithuan berkata  sejak Mac 2020 sehingga kini  JPBD telah merekodkan sebanyak 677 kompaun dengan nilai sebanyak  RM963,500.00  membabitkan  kompaun keatas individu dan premis yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN