27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JPBD Labuan hargai sumbangan orang ramai dan badan korporat bantu keperluan PKRC

Gambar: RITHUAN ISMAIL

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan  menzahirkan penghargaan  terima kasih kepada semua  Badan Korporat,  Syarikat Swasta, Agensi Kerajaan,  Pemimpin Masyarakat, Badan Bukan Kerajaan dan orang perseorangan yang telah mengulurkan pelbagai sumbangan untuk keperluan   Pusat Kuarantin Rawatan COVID 19 (PKRC).

Pengerusi JPBD Labuan, Rithuan Ismail berkata, selain itu pihaknya juga menzahirkan penghargaan yang sama terhadap individu dan syarikat swasta yang turut menghulurkan Kit Bakul Makanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melalui JPBD Wilayah Persekutuan Labuan.

“ Sumbangan ini amat besar  maknanya kepada JPBD Labuan dalam meringankan beban pengurusan PKRC serta meringankan beban warga Labuan yang terkesan dengan Pendamik COVID 19.

“Sumbangan-sumbangan ini juga adalah manifetasi solidariti semua pihak yang ada di Labuan bagi sama sama memberi sokongan kepada perjuangan petugas barisan hadapan negara serta usaha pihak kerajaan memerangi COVID 19 terutamanya di Labuan” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

SUMBANGAN…..Syarikat LSE bersama  ahli korporat Datuk Shamsul Sahari antara yang turut menghulurkan sumbangan

Dalam waktu yang sama, Rithuan yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan menjelaskan sekiranya  ada yang ingin terus menyampaikan sumbangan selepas ini JPBD Labuan amat mengalu-alukan dan sumbangan itu boleh disalirkan terus kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, sumbangan  dan keprihatinan warga Labuan ini  akan menjadi pembakar semangat kami di JPBD serta seluruh  petugas barisan hadapan bagi terus memberikan yang terbaik untuk memerangi pendamik ini sekaligus melandaikan keluk jangkitan pendemik COVID 19 di negara kita.

“JPBD juga mengambil kesempatan intuk menyeru seluruh warga Labuan untuk  menyokong dan menjayakan segala usaha kerajaan serta petugas barisan hadapan dengan mematuhi prosedur operasi standart (SOP) PKPD  yang telah ditetapkan”.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN