SIJIL….Pengerusi Mutiara Labuan Charity, Andy Yong (dua kanan) menerima sijil penghargaan daripada Rithuan
LABUAN – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan secara keseluruhannya telah mengagihkan sebanyak 15,467 bakul makanan kepada golongan sasar B40 yang terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan di kuatkusakan pada Mac tahun lalu.
Pengerusi JPBD Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, sehingga kini pihaknya telah merekodkan sejumlah 77 penyumbang yang menyumbang dalam bentuk bakul makanan.

RITHUAN ketika berucap pada majlis tersebut
“Selain itu JPBD juga menerima sumbangan dalam bentuk peralatan seperti katil, tilam, bantal, kelangkapan dapur dan lain lain keperluan untuk kemudahan Rumah Transit Perbadanan Labuan dan Pusat Kuarantin COVID 19 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Giat Mara Rancha-Rancha serta Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan yang dijadikan sebagai Pusat Rawatan Berisiko Rendah Positif COVID 19” katanya.
Beliau berkata demikan ketika berucap pada Majlis Penghargaan Kepada Penyumbang Bakul Makanan, Peralatan Rumah Transit Perbadanan Labuan dan Pusat Kuarantin serta Pengamal Media di Labuan International Golf Club (LIGC), pada Sabtu.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Wong Kii Yee dan Pegawai Pertahanan Daerah, Mejar (PA) Zico Sual
Rithuan yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan turut mengingatkan kepada warga Labuan agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) yang digariskan untuk keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.
“Suka saya mengingatkan bahawa kita semua masih belum menang dan adalah menjadi tanggung jawab kita untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk keselamatan dan kesejahteraan kita semua” katanya.