29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jonathan Yasin terus prihatin keperluan rakyat Ranau

Jonathan (tiga kanan) bersama rombongannya ketika meninjau kerosakan jalan ke Kg.Karagasan- Gusi

RANAU: Prihatin dengan  permasalahan rakyat, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk JonathanYasin bersama rombongannya,
sanggup berjalan kaki sejauh 5 kilometer untuk meninjau dan memantau keadaan jalan yang rosak menuju ke beberapa buah kampung kawasan Parlimen Ranau.

Menijau keadaan jalan menuju ke Kg.Karagasan-Kg.Gusi  baru-baru ini, Datuk Jonathan bercadang untuk mencari dana (peruntukan) daripada kerajaan pusat untuk membaiki seterusnya menaitaraf jalan tersebut demi kemudahan rakyat.

Menurutnya, pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri memang serius menyalurkan projek- projek pembangunan untuk rakyat khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman  masih belum menikmati arus  pembangunan seperti kemudahan jalan raya yang baik , bekalan letrik dan bekalan air bersih.

“Kita akan memohon dana kewangan yang mencukupi untuk
membaiki kerosakan jalan di sini demi kemudahan pengguna dari beberapa buah kampung”, jelas Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau.

Jonathan berkata, pihaknya akan berusaha untuk membantu rakyat menyediakan kemudahan pembangunan yang diperlukan yang bakal dilaksanakan secara berperingkat serta melihat  keutamaan.

“Justeru saya menasihatkan rakyat di sini agar bersabar menunggu pelaksanaan projek keperluan mereka” , tambah Datuk Jonathan.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN