SERAH SUMBANGAN…Aoziah (Kanan) menyampaikan kepada wakil penerima di Kg.Sinisian.
RANAU : Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jonathan Yasin terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas.
Penduduk yang terlibat untuk menerima bantuan berupa Barang Makanan (BarMa) itu adalah mereka yang tidak berkemampuan (miskin tegar), Orang Kelainan Upaya (OKU), Ibu Tunggal, Warga Emas dan Sakit Telantar.

Hari ini (27 April) seramai 86 orang lagi penduduk dari beberapa buah kampung kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Kundasang, menerima sumbangan berupa keperluan dapur iaitu, 14 orang dari Kg.Kantas, Kg.Sinisian (16 orang), Kg.Cinta Mata (14 orang), Kg.Waluhu (13 orang), Kg. Batu 4 (7 orang), Kg.Togis Laap (15 orang) dan 7 orang lagi Penyewa di Pekan Ranau.
Semua sumbangan telah disampaikan oleh staff Parlimen Ranau yang mewakili Jonathan yang juga Ahli Parlimen (P.179) Ranau.
Jonathan ketika dihubungi, memberitahu sumbangannya itu adalah bagi meringankan beban penduduk yang terkesan daripada PKP berikutan pandemik Coronavirus yang kini menular
seluruh dunia.

“Saya mengharapkan kepada semua penduduk di Ranau dan Kundasang supaya sentiasa mematuhi arahan kerajaan untuk menengani penularan Covid-19.
“Patuhi arahan ‘Stay At Home’ (diam di rumah), jaga kebersihan diri, selalu basuh tangan dengan sabun(sanitizer), amalkan jarak 1 meter dengan orang lain serta gunakan penutup mulut dan hidung (face mask)”, jelas Jonathan.
Beliau menegaskan setiap arahan pihak kerajaan hendaklah di patuhi bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kini pelanjutan PKP memasuki Tahap ke-4 hingga 12 Mei depan. –TAMAT