27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jonathan terus hantar bantuan, seramai 187 lagi penerima hari ini.

Oleh: Jainuddin Nasir

RANAU : Seramai 187 orang  lagi penduduk dari 7 buah kampung terletak kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan dan DUN Kundasang menerima sumbangan berupa keperluan dapur daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Jonathan Yasin.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau ketika dihubungi, memberitahu sumbangan itu merupakan antara bantuan kerajaan kepada penduduk yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Perkgerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19 yang melanda seluruh dunia masa ini.

Wakil Jonathan (kiri) menyampaikan sumbangan

Menurutnya para penerima, sumbangan tersebut adalah mereka yg dikenali pasti seperti warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), orang sakit Dan ibu tunggal.

“Kita akan membantu mereka ini bagi meringankan  beban  mereka sepanjang PKP yang akan berakhir 14 April”, jelas Jonathan.

Wakil Jonathan (kanan) menyampaikan sumbangan

Para penerima sumbangan adalah dari Kg.Gana-Gana (35 orang),Kg.Suminimpud (47 orang), Kg.Niasan (15 orang), Kg.Kapangian (45 orang),Kg.Nampasan Lama (14 orang), Kg.Gaur (17 orang) dan Kg.Bayag (14 orang).

Jonathan juga menyeru penduduk supaya mematuhi arahan kerajaan agar ‘Saty At Home’ (tinggal di rumah) bersama keluarga masing sebagai salah satu cars menghindari dari jangkitan Covid-19. –TAMAT

Wakil Jonathan (kiri) menyampaikan sumbangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN