25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jonathan puji Hakka Ranau, berjaya anjur majlis penghargaan.

Jonathan menerima cendaramata disampaikan Jimmy.

RANAU: Persatuan Hakka daerah ini dipuji kerana kejayaannya menganjurkan majlis ‘Tiga Dalam Satu’ iaitu Penyampaian Sijil kejayaan anak-anak ahli persatuan, Sambutan Hari Warga Emas dan sambutan Hari Ibu yang merupakan acara yang dianjurkan oleh Persatuan Hakka daerah itu setiap tahun.

Timbalan Menteri II, Kementerian  Dalam.Negeri (KDN) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin dalam ucapan perasmiannya memuji Jawatankuasa penganjur majlis kerana berjaya mengelola majlis seumpama itu yg pastinya mampu memantapkan perpaduan dikalangan ahli persatuan dengan  penduduk setempat.

“Kita mahu persatuan ini, terus menjadi contoh terbaik terutama dalam bidang urusan perniagaan terus maju”, jelas Jonathan yang seterusnya meluluskan sumbangan tunai RM20   ribu kepada Persatuan  Hakka Ranau.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hakka Ranau merangkap Ahli Lembaga Pengarah Pembangunan Perumahan  dan Badar (LPPB) selaku Pengerusi  Jawatankuasa pelaksana majlis itu, Datuk Jimmy Tham Yuk Liong dalam ucapannya,  merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Jonathan Yasin dan para jemputan yang lain sambil menyifatkannya sebagai satu suntikan semangat untuk terus memupuk perpaduan dikalangan ahli persatuan Hakka dengan masyarakat setempat.

Datuk Jimmy memaklumkan, antara lain tujuan majlis itu adalah untuk mengharagai kecemerlangan  anak-anak dalam pelajaran dan menghargai sumbangan warga emas serta penghargaan kepada kaum ibu membimbing anak-anak mereka hingga berjaya cemerlang.

Jonathan menyerah kan ‘Angpau’ kepada Warga Emas.

Beliau seterusnya memaklum bagunan Persatuan Hakka Ranau yang sedang dalam penyelanggaraan menambah setingkat lagi dijangka siap Jun 2021 menempatkan sebuah Dewan, Pejabat Am,  Bilik Mesyuarat dan bilik pameran peninggalan budaya(Historical Relics) masyarakat Hakka.

“Bagaimanapun, persatuan ini masih memerlukan kewangan sebanyak RM400 ribu untuk kerja-kerja renovasi bilik-bilik yang diperlukan, daripada mereka yang prihatin membantu”,jelas Jimmy sambil mewakili persatuan  merakam penghargaan dan terima kasih kepada Jonathan kerana menderma RM20 ribu sebagai fund aktiviti pada bulan lepas.

Pada tahun lepas juga  katanya, pihak persatuan itu telah menerima sumbangan sebanyak  RM10 ribu daripada  Penasihat Persatuan Hakka Ranau, Datuk Amisah Binti Yassin, yang turut hadir dan berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama ialah,  Datuk M.Y.Dunggi,  Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Penasihat Persatuan Hakka Ranau, Dato’ Ko Boo Eng,  Penasihat Persatuan Hakka Ranau, Yon Tack Weng, Penaja Persatuan Hakka Ranau, Chon Shan Siong dan Kapitan Cina Pekan Ranau, Abdul Halik Chong.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN