TERIMA KASIH…Jonathan (dua kiri) menerima cenderakenangan disampaikan Johnny.
RANAU: Johnny Gilong telah mengekalkan tugasnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa bagi menerajui kepimpinan Pertubuhan Bekas Pelatih OISCA Sabah(PBPOS) bagi sesi 2025-2026.
Keputusan tersebut telah dicapai pada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-2 Pertubuhan itu di Dewan Komuniti Kg.Kilimu Ranau baru-baru ini yang perasmiannya telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pilihan Khas (JKPK) Malaysia, yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau, Yang Berhormat Datuk Jonathan Yasin.
Timbalan Pengerusi disandang oleh Fening Jebod, sementara Setiausaha diberikan kepada Mayting Ombon dan dibantu oleh Angela Stanislaus.
Lapan orang lagi turut dilantik bagi menganggotai Jawatankuasa ialah, Sharif, Florian, Maxcy, Nurazmin, Ignatius Peter, Juman, Paul Embakod dan Razipin Gutuk.

Barisan Jawatankuasa 2023-2024 menerima Cendaramata Kenangan disampaikan Datuk Jonathan.
Jonathan dalam ucapanya, memuji jawatankuasa yang telah dibentuk sebagai landasan memupuk perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan ahli yang suatu ketika dahulu terdiri daripada pelatih OISCA malah ada dikalangan ahli pernah mengikuti latihan di Jepun dan kini ramai yang berjaya mengendalikan perusahan, bidang pertanian dan keusahawanan sendiri.
“Saya mengsyorkan agar Pertubuhan ini didaftarkan kepada ROS bagi memudahkan kerajaan menerusi jabatan atau para pemimpin yang difikirkan boleh menghulurkan bantuan dan sumbangan pada masa akan datang”, jelas Jonathan.
Johnny dalam ucapan aluannya mewakili para ahli merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Jonathan seterusnya merasmikan mesyuarat agung tersebut.
“Kehadiran datuk merupakan sokongan dan penyuntik sangat untuk kami terus merancang serta melaksanakan aktiviti atau program yang difikirkan sesuai serta memberi faedah kepada para ahli”, tambah Johnny.
Turut diadakan sempena mesyuarat itu ialah pameran dan pembentangan (laporan) Setiausaha dan Bendahari.
Mesyuarat yang dihadiri lebih 100 orang ahli itu berakhir dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2023-2024 dan cenderakenangan kepada Jonathan.