24 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JOEHARI UCAP TAHNIAH KEPADA SABAH FC

Joehari (tengah) bergambar dengan Rahman, Azman, Jelani dan Lokman di Stadium Likas, semalam.

Oleh: BDB Repoter

KOTA KINABALU–Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Joehari Datuk Ayub mengucapkan tahniah kepada Sabah FC atas kejayaan menumpaskan UiTM FC 4-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas, semalam.

Beliau dilihat bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Khairul Firdaus Akbar selepas selesai perlawanan tersebut.

“Tahniah kepada pasukan anda,” katanya.

Ini kali pertama Joehari hadir menyaksikan perlawanan membabitkan Sabah FC selepas pasukan tuan rumah mengharungi sembilan perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini.

Beliau yang baru sahaja dipilih semula ke jawatan Naib Presiden FAM baru-baru ini turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) kerana wakilnya masih memberi sokongan kepadanya.

Joehari juga kemudian menemui rakan-rakannya yang masih aktif terlibat dalam sukan bolasepak di Sabah termasuk Timbalan Presiden SAFA, Dato Rahman Zakaria, Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar, Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita SAFA, Dato Jelani Hamdan dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA yang juga Penolong Pengurus Pasukan B19 Sabah (Sabah FC IV), Lokman Sunggim.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN