29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JMM  dan  JWM  bekerjasama iktiraf Muzium Labuan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan.

TUNJUK BAKAT….Aaron mencuba membuat   thosai iaitu sejenis roti  makanan   kegemaran masyarakat India sempena Program Semarak@Muzium Labuan 2024.

LABUAN: Jabatan Muzium Malaysia (JMM) akan bekerjasama dengan Jabatan Warisan Malaysia (JWM) untuk mengikitiraf Muzium Labuan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan.

Demikian kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago  Dagang kepada media selepas merasmikan Semarak @Muzium Labuan 2024 yang diadakan di Perkarangan Muzium Labuan, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, Muzium Labuan memeggang beberapa khazanah warisan penting termasuk artifak batu dari zaman Neolitik, koleksi dari pelbagai peristiwa sejarah seperti penyerahan Labuan kepada British dan pembebasan semasa Perang Dunia Kedua serta peristiwa perisytiharan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

“Justeru itu saya percaya pengikitrafan Muzium Labuan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan bukan sahaja untuk memperkasakan warisan budaya negara, tetapi ia menjadi pencapaian yang begitu signifikan bagi seluruh penduduk Labuan sekaligus menjadikan Muzium Labuan sebagai  tarikan utama pengunjung ke Labuan” katanya.

PENGHARGAAN…. Aaron menyampaikan sijil penghargaan Sumbang Bakti Muzium Labuan kepada Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan  sempena Program Semarak@ Muzium Labuan 2024

Beliau berkata Muzium Labuan telah mencatatkan rekod seramai 1.15 juta pengunjung sejak pembukaannya  pada tahun 2004.

Pada majlis itu Aaron turut mengumumkan artifak rangka Ikan Paus Indian Fin yang terdapat di Muzium Merin Labuan telahpun diwartakan sebagai objek Warisan Kebangsaan.

“Ini merupakan pencapaian besar dan sudah tentu menjadi kebanggan bukan sahaja kepada penduduk Labuan tetapi juga kepada negara” katanya.

Menyentuh mengenai Program Semarak@ Muzium Labuan 2024   yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke 20 Muzium Labuan beliau berkata ia merupakan satu daripada tujuh Program Semarak Muzium yang dilaksanakan oleh Jabatan Muzium Malaysia pada tahun 2024.

“Program ini merupakan program kemasyarakatan bersama komuniti berkonsepkan muzium yang menjadi platform strategik dan usaha progresif JMM dalam mengangkat dan memartabatkan pelbagai warisan tradisi, seni budaya,  serta sejarah negara khususnya di Labuan” katanya.

Jelas beliau lagi, JMM komited dalam mempertingkatkan usaha merancang dan menganjurkan pelbagai program yang dapat memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan menghargai sejarah dan budaya negara.

Pada majlis itu beliau turut melancakan calendar acara JMM 2024 yang merangkumi 122 program untuk dilaksanakan di 22 buah muzium sebagai usaha untuk merejuvenasikan muzium agar lebih dekat dengan masyarakat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Muzium Malaysia, Mohammad Shawali Haji Badi dan Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk JHaafar Sidek.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN