27.7 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JKN Labuan tidak akan berkompromi individu langar SOP

Dr. Ismuni Bohari.


LABUAN: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Wilayah Persekutuan Labuan termasuk agensi penguatkuasa terlibat tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu mahupun kumpulan tertentu yang melanggar peraturan serta Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan di pulau ini.


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, terdapat individu dan juga pihak tertentu yang mengamalkan sikap tidak endah dengan menganjurkan majlis yang mengundang perhimpunan beramai-ramai.


Beliau menjelaskan daripada 24 les baharu positif COVID 19 yang dicatatkan pada hari kelmarin, 20 daripadanya merupakan lain-lain saringan.


“Ia melibatkan dua buah keluarga yang mendapat jangkitan secara serentak selepas didapati berkumpul dalam dalam dua majlis berasingan seterusnya diambil sampel saringan COVID 19 dan disahkan positif setelah keputusan dikeluarkan” katanya.


Belia berkata demikian dalam satu Program Roger-Roger Labuan FM ‘Situasi Terkini COVID 19” yang bersiaran langsung di Labuan FM awal pagi ini.


Jelas beliau jika sabit kesalahan mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta 342 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit yang membawa kepada denda tidak kurang RM1,000 setiap individu, manakala tuan rumah boleh didakwa di mahkamah kerana melanggar undang-undang yang telah ditetapkan sepanjang PKPB dilaksanakan.


Terdahulu sebelum itu katanya, terdapat 60 individu telah dikesan melakukan kesalahan sama yang menyebabkan jangkitan COVID 19 dalam kalangan keluarga terbabit.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN