Antara Jawatankuasa yang menghadiri Mesyuarat Agung merakam gambar bersama Tan Eng Sing (depan dua dari kiri).
RANAU: Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar (JKDB) daerah Ranau, telah merancang melaksanakan lebih 20 program dan aktiviti untuk direalisasikan sepanjang tahun 2023.
Perancangan itu telah dicapai dan dipersetujui pada Mesyuarat Agung JKDB di pejabatnya di pekan Ranau baru-baru ini.
Antara yang dirancang ialah, Sambutan Tahun Baru, Kempen Kesedaran Kebersihan Pekan Ranau, Kempen Derma Darah, Sambutan Bulan Puasa dan Hari Raya, Sambutan Pesta Menuai, Pertandingan Masakan Makanan Tradisioanal (halal) Sabah, Sambutan Bulan Kemerdekaan, Kursus Kemahiran Belia Golongan B40, Lawatan Sambil Belajar, Sambutan Krismas, Pertandingan Sukan dan Kebudayaan antara Kaunters Kerajaan dan Mesyuarat Jawatankuasa JKDB 6 Kali Setahun.
Selain itu ketua beberapa Biro juga telah diwujudkan termasuklah, Biro Hal-Ehwal Wanita dan Keluarga(Winne Ansow), Kesejahteraan dan Keceriaan (Jaminah Masuni), Kebajikan dan Kesukarelawan (Titianah Leong), Pendidikan dan Inovasi (Jahina Midin), Pemantapan dan Spiritual (Asli Samad), Belia Sukan dan NGO (Rostinah Yomou) dan Biro Infrastrukur dan Komunikasi diberikan kepada Razipin Gutok.
Pada pemilihan Jawatankuasa sempena Mesyuarat Agung tersebut, Tan Eng Sing telah dikekalkan sebagai Pengerusi JKDB bagi sesi 2022-2023, turut mengekalkan William Babah Dunggi sebagai Setiausaha Kehormat, manakala Christana Nordiana Abdullah Ansow (Biro Prasarana) Pedilis Sittim (Biro Keselamatan dan Kesihatan), Kevyn Nocole Tan (Biro Pengurusan Kewangan) manakala Tan Swee Lian ditugaskan sebagai Biro Ekonomi dan Keusahawanan.
Tan Eng Sing ketika ditemui, mengharapkan kepada semua yang diamanahkan setiap Biro yang diwujudkan agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing demi nama baik dan prestasi cemerlang JKDB pekan Ranau.
“Kalau bukan kita siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi usaha untuk memajukan dari segi kebersihan, keceriaan, kecantikan dan keselamatan pekan Ranau menerusi kerjasama semua warga pekan termasuk para pelancong luar”, tambah Tan Eng Sing mengakhiri perbualan dengan wakil Media BDB.
             Â