25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

JIMATKAN PENGGUNAAN AIR DI MUSIM KEMARAU (PANAS): ROBERT

Datuk Robert meninjau stesen Muka Sauk(Intake) Bingkor yang semakin cetek jika cuaca panas berterusan


Oleh: Francis Andin

KENINGAU: Rakyat di daerah ini dinasihatkan agar sentiasa berjimat cermat Dan tidak membazir dalam menggunakan air , khususnya yang bersumberkan bekalan air bersih dari loji penapis air Bingkor, berikutan cuaca panas dan kemungkinan musim kemarau berpanjangan.


Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Robert Tawik berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan keadaan panas berpanjangan memberi kesan kepada loji tadahan air yang semakin cetek menyebabkan gangguan bekalan air didaerah ini.


” Kita harap semua penguna bekalan air agar sentiasa berhemah, tidak membazir air dan pastikan tidak ada kebocoran saluran paip yang menyebabkan aliran air terganggu, ini antara langkah kita pastikan bekalan air mencukupi terutama dalam musim perayaan ini”katanya ketika meninjau stesen Muka Sauk (Intake)Bingkor Dekat sini.


Pada masa sama , Robert yang juga ADUN Bingkor berkata kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat termasuk mengatasi permasalahan air agar bekalan air mencukupi kepada semua penguna yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa.


Katanya pihak Jabatan Air juga digesa sentiasa memantau sistem tadahan air,saluran penyambungan haram bagi memastikan bekalan air sentiasa digunakan dengan penuh integriti.


Terdahulu, Robert menghadiri majlis malam Mesra kemuncak Aidilfitri Kampung Kota Ayangan.
Majlis dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti Dan perrtandingan yang disertai penduduk setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN