29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JIM Labuan bakal laksana pemeriksaan secara pandu lalu di terminal feri ro-ro

Gambar: RITHUAN (kiri) bersama Raymond (dua dari kiri) bersama pegawai kanan imigresen ketika membuat tinjuan bagi lokasi  pemeriksaan pandu lalu di terminal feri ro-ro, pada Khamis.

LABUAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Labuan akan melaksanakan pemeriksaan imigresen secara pandu lalu di pintu keluar terminal  feri ro-ro  bermula bulan depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Labuan Raymond Anak Entalai kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail ketika membuat lawatan  ke terminal feri ro-ro pada Khamis.

Turut sama dalam tinjuan secara menyeluruh itu, pegawai kanan dari Jabatan Laut dan Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan Labuan.

Sementara itu,  Rithuan ketika ditemui pemberita, beliau berkata usaha yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen itu akan dilaksanakan segera bagi membantu  melancarkan aliran trafik  dan memudahkan urusan penumpang feri  di kawasan tersebut.

Katanya, kaunter imigresen itu perlu diletakkan di lokasi yang strategik  bagi memudahkan orang ramai (pengguna feri) membuat pemeriksaan imigresen.

“Sebelum ini kami telah menerima aduan daripada pelbagai pihak terutamanya pengguna  dan pelancong luar berhubung dasar baharu yang dilaksanakan yang sedikit sebanyak tidak memberikan keselesaan kepada pengguna dan ini adalah disebabkan ruang  di kawasan tersebut agak terhad serta jalan menuju ke  terminal feri agak sempit.

“Dan hasil tinjuan kami bersama Pengarah Imigresen serta beberapa pegawai dari jabatan yang berkaitan telahpun membuat keputusan bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai (pengguna feri)” katanya.

Rithuan juga turut menjelaskan kaunter penjualan tiket feri yang berada di dalam kawasan terminal yang merupakan kawasan sasaran penting  akan dipindahkan ke luar kawasan terminal.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN