24 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JHEAINS Bahagian Pedalaman Atas Keningau terima sumbangan

Robert menyampaikan sumbangan kepada Faizal.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik@ Nordin  menyampaikan sumbangan kewangan  kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Bahagian Pedalaman Atas Keningau.

Sumbangan tersebut bertujuan untuk membiayai Kontijen  JHEAIS Pedalaman Atas yang akan menyertai Kejohanan Sukan MUJAS yang berlangsung  di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya  menyampaikan sumbangan kewangan itu kepada Faizal Yahya mewakili Pegawai Tadbir Agama JHEAIS yang juga Pengerusi Sukan MUJAS Bahagian Pedalaman Atas Afandy Kasiman.

Faizal mengucapkan terima kasih kepada Robert atas sumbangan tersebut.

Katanya, dengan adanya sumbangan tersebut dapatlah meringankan pengurusan kontijen.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN