RANAU: Para jelitawan suku kaum Kadazandusun dan Murut berumur 18-25 tahun dan warganegara Malaysia dari daerah ini, dipelawa untuk menyertai pertandingan Unduk Ngadau (UN) Kaamatan peringkat daerah Ranau 2022.
Pengerusi pertandingan UN peringkat daerah Ranau, Florencia Padasian (gambar) memberitahu, semua peserta juga hendalah berketinggian minima 5 kaki (152 Cm) dan tidak pernah memenangi tempat pertama mana-mana pertandingan UN peringkat daerah dan bukan beragama Islam.
“Semua peserta juga hendaklah sudah melengkapkan Dua Dos suntikan mengekang jangkitan Covid-19.
“Para peserta yang ingin menyertai pertandigan dikehendaki melengkapkan borang penyertaan sehingg 30 April 2022 “, tegas Florencia ketika dihubungi.
Florencia yang juga Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pentadbiran) memaklumkan penyertaan UN peringkat daerah adalah bagi memilih peserta yang boleh diketengahkan untuk mewakili Ranau ke pertandingan UN peringkat Negeri Sabah di Hongkod Koisaan Penampang akhir bulan Mei.
Menurutnya lagi, kehadiran orang ramai ke sambutan pesta Kaamatan bertemakan
” Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi’ bermula 7.30 pagi di Dewan Masyarakat Ranau pada 14 Mei, akan dirasmikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Florencia menerusi telefon (HP) 010-3370123, Sharmila Mohd.Salleh (016-8042 539) atau Rostina Jimuris (017-4825401) untuk ko keterangan lanjut.