SERAHKAN..Jamawi ketika menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa di Balai Polis Tenom.
TENOM: seperti kelazimanya setiap kali bulan Ramadhan tiba Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar akan mengadakan program jelajah ziarah Ramadhan berbuka puasa dan bersembahyang tarawih bersama masyarakat Islam setempat khususnya di kawasan Kemabong.
Ziarah ke masjid masjid dan surau setiap kali Ramadhan digerakkan bersama Badan Belia Usia,Usia Bahagian Tenom,Badan Dakwah Daerah dan badan badan NGO yang lain.
Berbeza pada bulan Ramadhan tahun ini ketika negara dilanda paramedik Covid-19 selain mematuhi Perintah Kawalan Perjalanan PKP program seperti ini tidak dapat dilakukan.
Bagaimanapun pada tahun ini halangan serta cabaran tersebut tidak membatasi keinginan Jamawi yang juga Ketua Belia Usia Pusat untuk bersama masyarakat Islam dengan pendekatan berbeza melalui program jelajah Ramadhan dengan menghantar sumbangan juadah berbuka puasa terutamanya kepada pasukan keselamatan dan mereka yang bertugas di barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 termasuk ke masjid masjid dan surau di kawasan Kemabong.
Program anjuran bersama Jabatan Penerangan dan Badan Belia Usia bahagian Tenom itu selain menyampaikan sumbangan berbuka puasa juga dimanafaatkan untuk menyampaikan takzirah dan dan dakwah secara ringkas .
” Program jelajah kita tahun ini berbeza dari ramdahan tahun tahun lepas kerana boleh berkumpul beramai ramai tapi tahun ini kita jelajah sampaikan sumbangan juadah berbuka puasa dan sampaikan amanat kebaikan atau dakwah yang tidak semestinya dakwah agama sahaja tapi nasihat nasihat ke arah kebaikan terutamanya dalam menangani wabak covid-19″ katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa di balai polis Tenom,petugas beriasan hadapan masjid dan surau dekat sini baru baru ini.
Turut serta pegawai Penerangan Tenom Sahiman Rahman, Pegawai Tadbir Agama Islam Tenom, Penolong Pegawai Daerah Tenom Martinus Lunggeh, PPM Kemabong Burnley Balang dan Ketua Belia USIA Tenom Mohd Taslim Tahir .
Menurut Jamawi lagi Program tersebut akan di teruskan lagi ke 10 lokasi masjid/surau yang ada di daerah Tenom dan Kemabong. Tamat/-Borneo Daily Bulletin