31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JCI Labuan & LCDA serah 200 bakul makanan ke JKM

SERAH…. Angel (tengah) ketika menyerahkan bakul makanan kepada Anshery (tiga kanan) sambil diperhatikan oleh Bernice (tiga dari kiri) ) dan rakan-rakan JCI


LABUAN: Junior Chamber International (JCI) Labuan dengan kerjasama Labuan Child Develpoment Association (LCDA) telah menyerahkan 200 bakul makanan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, pada Jumaat.


Menurut Ketua Projek Angel Talentino, sumbangan bakul makanan itu untuk diagihkan kepada 200 keluarga yang telah terkesan Covid 19 melalui JKM selaku Jawatankuasa Penyelaras Bantuan Makanan Covid 19.


“Sebahagian besar barangan makanan keperluan harian itu dibiayai oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO), ahli keluarga dan rakan-rakan perniagaan dikalangan JCI Labuan melalui Projek COVID 19 Fund Rising: Feed the Hungry yang dilancarkan dua hari lalu” katanya kepada media sejurus majlis penyerahan bantuan tersebut kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ansharey Matarsad.


Angel berkata, projek ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan makanan selepas terkesan dengan pelasanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID 19.


Turut sama menyerahkan bakul makanan itu ialah Presiden JCI Labuan Bernice Chin Langsaw.
TAMAT


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN