33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JBPM Labuan kekalkan prestasi sifar kebakaran musim perayaan

SIMSUDIN (tengah) bersama Abd. Rahman (empat dari kiri)  ketika melancarkan  Program Kempen Keselamatan Kebakaran dan Ops Rondaan sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan akan terus mengekalkan prestasi sifar kebakaran musim perayaan  khususnya pada Musim Perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Jabatan itu, Abd. Rahman Ali berkata, pada tahun lalu JBPM Labuan merekodkan sifar kebakaran musim perayaan sambutan Tahun Baharu Cina.

“Bagi mengekalkan prestasi itu rondaan ke beberapa premis di pusat bandar terus dilaksanakan  sebagai usaha berterusan dalam memastikan sekiranya berlaku kebakaran pada musim perayaan  kita cepat bertindak dan dapat mencegah api daripada lebih besar” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran  dan Ops Rondaan  sempenaMusim Perayaan Tahun Baharu Cina yang diadakan di kawasan Terminal Feri Antarabangsa Labuan, di sini, pada Selasa.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

Abd. Rahman turut menasihatkan kepada pemilik premis perniagaan agar  sistem kebakaran  yang terdapat di dalam premis mereka sentiasa berfungsi dengan baik.

“Premis-premis  perniagaan ini ada sistem sistem yang tidak berfungsi dengan baik, apabila tidak berfungsi kita akan keluarkan notis dan pemilik premis perlu baiki supaya ia dapat berfungsi dan boleh melindungi premis perniagaan tersebut” katanya

Tambahnya lagi, JBPM Labuan telah mengeluarkan sebanyak 137 notis pelupusan  sepanjang tahun lalu.

Manakala setakat Januari tahun ini sebanyak 53 notis telah dikeluarkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN