31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JAWATANKUASA PENYELARAS PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN -PPKK SESI 2023-2026 DISUSUN SEMULA

JAWATANKUASA PENYELARAS PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN -PPKK SESI 2023-2026 DISUSUN SEMULA

Dari Kiri Berdiri… Dr Siti Sarah Darusalam (Pegawai Perubatan Primer), PPPK Razmie Rizal (Penyelaras Daerah PKK Penampang & S/U PPKK Putatan), Dr Izzat (Tim. Pengerusi PPKK Putatan), Tn Janarius Majalap @ Jacob, PPP Walter ( S/U PPKK Penampang), PPP Hafizulizan ( Bendahari PPKK Penampang), Tn Hasmuridan ( Bendahari PPKK Putatan)

PENAMPANG: Jawatankuasa Penyelaras Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Kawasan Penampang disusun semula dengan memilih Patrick Payne sebagai Pengerusi bagi sesi tahun 2023-2026.

Patrick yang juga Pengerusi PPKK Penampang dipilih berdasarkan sistem Penggiliran sebagai Pengerusi PPKK Kawasan Penampang yang membabitkan PPKK Putatan selelepas Hj. Abd. Kahar, sebelum ini dari PPKKPutatan.

Jawatankuasa ini mengandungi seramai 11 orang terdiri Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Ahli Komuniti dan Ngo’s yg dilantik oleh Menteri Kesihatan setelah menerima cadangan dari Klinik Kesihatan Penampang
dan Klinik Kesihatan Putatan, jelas Dr. Lim Kai Joo @ Carol..Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang.

Dr. Carol menjelaskan bahawa Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) ini merupakan satu organisasi yang berkonsepkan Kesukarelaan yang mengwujudkan saluran komunikasi dua hala yang lebih berkesan sebagai satu forum interaksi antara anggota masyarakat dan kakitangan Jabatan Kesihatan ke arah menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat dalam usaha mencapai matlamat ” Kesihatan Untuk Semua”.

Selain itu PPKK adalah untuk mempercepatkan dan mempermudahkan penyaluran maklumat yang tepat berkaitan masalah kesihatan setempat kepada masyarakat, tambah Dr. Carol.

Tambah Dr. Carol lagi, ia nya juga mengambil kira pendapat dan pandangan ahli masyarakat dalam perancangan aktiviti kesihatan seperti Hari Terbuka, Gotong royong, Perkhidmatan Setempat yang berkaitan tentang kesihatan dan lain lain supaya ianya bersesuaian dengan keadaan dan budaya setempat.

“Ianya juga untuk mendapatkan maklum balas yang tepat dari masyarakat berkaitan masalah dan keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan. Mewujudkan sikap tanggung jawab bersama antara masyarakat dan Jabatan Kesihatan dalam menangani masalah kesihatan,” katanya.

PPKK mempertingkatkan lagi imej Jabatan Kesihatan pada pandangan Masyarakat melalui pendekatan yang telus disamping dapat mengurangkan salah faham antara kedua belah pihak, demikian penjelasan Dr.Carol semasa ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyusunan Ajk PPKK Kawasan Penampang di Pejabat Kesihatan Penampang.

Mesyuarat berkenaan dihadiri Dr.Nik Farah Nik Yusof Fuad, Ketua Klinik Kesihatan Putatan, Dr. Siti Sarah Darussalam, Pegawai Perubatan Primer, Dr. Izzat Abd. Kadir, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Putatan/Timbalan Pengerusi PPKK Putatan, PPKK Razmie Rizal, Penyelaras Daerah PKK Penampang & Setiausaha PPKK Putatan, Ahmad Mahmood, Pengerusi PPKK Putatan, Patrick Payne, Pengerusi PPKK Penampang/Pengerusi PPKK Kawasan Penampang, Janarius Majalap @ Jacob, PPP Walter (SU/PPKK Penampang, PPP Hafizulian, Bendahari PPKK Penampang, Hasmuridan Hanapi, Bendahari PPKK Putatan.

Dr. Carol menjelaskan bahawa Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) ini merupakan satu organisasi yang berkonsepkan Kesukarelaan yang mengwujudkan saluran komunikasi dua hala yang lebih berkesan sebagai satu forum interaksi antara anggota masyarakat dan kakitangan Jabatan Kesihatan ke arah menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat dalam usaha mencapai matlamat ” Kesihatan Untuk Semua”.

Selain itu PPKK adalah untuk mempercepatkan dan mempermudahkan penyaluran maklumat yang tepat berkaitan masalah kesihatan setempat kepada masyarakat, tambah Dr. Carol.

Tambah Dr. Carol lagi, ia nya juga mengambil kira pendapat dan pandangan ahli masyarakat dalam perancangan aktiviti kesihatan seperti Hari Terbuka, Gotong royong, Perkhidmatan Setempat yang berkaitan tentang kesihatan dan lain lain supaya ianya bersesuaian dengan keadaan dan budaya setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN