24 C
Kota Kinabalu
Ahad, Jun 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jawapan diselangi unsur falsafah, metafora sangat relevan dengan Kaamatan: Prof Dr.Rem Dambul

OLEH: Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS

▪︎

RAMAI yang mesej saya. Kenapa Unduk Kundasang yang “tidak menjawab soalan dengan tepat” dalam segmen akhir, boleh masuk Top 3?

Mungkin saya perlu bagi sedikit pencerahan, supaya yang samar menjadi terang. Pada hemat saya, jawapan yang diberi itu merupakan antara yang terbaik dalam seluruh sejarah pertandingan Unduk Ngadau. Serius.

Jawapannya amat tajam lagi mendalam, diselangi unsur falsafah tinggi. Metafora yang diguna sangat relevan dengan Kaamatan, dan bertunjang utuh pada nilai budaya komuniti Momogun.

Saya kongsi soalan dan transkripsi jawapan Tati Febby dalam Bahasa Melayu, untuk tilikan bersama.

SOALAN PENGACARA:
“Masyarakat Sabah terkenal dengan semangat perpaduan dan persefahaman antara kaum. Pada pendapat anda bolehkah keadaan sebegini berkekalan?”

JAWAPAN UNDUK KUNDASANG:
“Pada pandangan saya, ya boleh. Sebab muafakat orang Sabah memang sudah wujud sejak dahulu. Seumpama serumpun padi. Ia terdiri daripada buah, daun dan perdu. Bila sudah tumbuh, kita semua menuainya sebagai rezeki setiap tahun. Nah, begitulah kita masyarakat Sabah, memang sentiasa hidup serumpun. Sebab itu kita semua dikenali sebagai negeri yang benar-benar 1Malaysia. Betul, kan?”

ULASAN SAYA:
Simbolik padi yang diguna untuk menggambarkan perpaduan adalah satu pilihan yang sangat pintar. Padi sendiri secara tradisi memang merupakan asas sosiobudaya dan akar kehidupan komuniti Momogun. Inilah asal-usul kenapa kita menyambut Kaamatan setiap tahun.

Menuai hasil dari padi serumpun — disinonimkan dengan menuai perpaduan dari bangsa serumpun. Satu korelasi yang indah. Saya sendiri pun tidak pernah terfikir!

Mengungkap idea yang kompleks begini dalam bahasa ibunda tidak semudah disangka. Untuk menzahirkan falsafah ini secara lisan dengan keyakinan penuh, seseorang mesti sangat selesa dan benar-benar menguasai bahasa yang diguna. Jika tidak, maksud yang mahu disampaikan akan terbantut separuh jalan.

Saya selalu tidak suka bila orang memandai-mandai, lebih daripada apa dia yang mampu. But I think Unduk Kundasang did make the right decision in responding to the question, with not a typical direct answer. It was risky, but definitely well executed. Ia menambah warna lain kepada jawapan-jawapan ala basahan yang sudah terlalu biasa kita dengar.

Having said that, I totally understand why, if some would disagree with me. I know that philosophical approach in explaining issues — is not everyone’s cup of tea. Especially when it is as deep as this. Saya bukan pemuja tegar Unduk Kundasang; sekadar mahu merungkai kemusykilan — dia sebenarnya memang menjawab.

On a different note, congrats to the newly crowned Unduk Ngadau Kaamatan 2021, Tati Maya Hejnowska. A well deserved winner, with captivating stage presence and persona. Her fluency in native language might not be ultra perfect, but it is real and not fake.

She could definitely be our effective advocate for sociocultural empowerment. Trust me, she has what it takes: substance, passion, confidence, and charisma.

Sumber : Facebook Rem Dambul / 01 Jun 2021

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN