SANTUNAN KASIH….. Bashir (tujuh dari kanan) bersama ahli ahli veteran UMNO Bahagian Labuan ketika menyantuni Puan Mimah Randah di Kampung Rancha-Rancha Darat, pada Rabu.
LABUAN: Orang lama (Veteran UMNO) dalam UMNO Bahagian Labuan samaada yang sudah bersara dalam arena politik atau yang kini berdepan dengan masalah kesihatan terlantar sakit tidak akan dilupakan, malah jasa dan pengorbanan masa lalu mereka tetap akan diingat dan dihargai.
Demikian kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias ketika ditemui pada Program Santunan Kasih anjuran Sekretariat Veteran UMNO Bahagian Labuan yang diadakan pagi ini di dua buah kampung Rancha-Rancha Laut dan Rancha Rancha Darat.
Bashir berkata, perlu diingat mereka (veteran UMNO) adalah pejuang dan wira anak bangsa, mereka berjuang kerana agama, bangsa dan negara serta mempertahankan parti UMNO sebagai parti yang memperjuangkan dan membela nasib orang Melayu.
“Justeru itu UMNO Bahagian Labuan akan sentiasa mengingati dan menghargai jasa dan pengorbanan orang lama (veteran UMNO) yang sebelum ini sama-sama berjuang dalam menyatupadukan orang Melayu agar terus bersatu” katanya.
Empat ahli veteran UMNO yang disantuni pada majlis itu ialah Zaaba Md. Noor (70 tahun) Siti Jainah Burut (70 tahun) kedua duanya merupakan ahli UMNO Cawangan Rancha-Rancha Laut.
Dua lagi ialah Mohd Idris Abdul Jalil (84 tahun) dan Mimah Randah (70 tahun) dari Cawangan UMNO Rancha Rancha Darat.
Pada majlis itu Bashir turut menyerahkan sumbangan wang tunai kepada empat ahli veteran UMNO yang disantuni.
Turut sama, Timbalan Pengerusi Sekretariat Ahli VeterAN umno Bahagian Labuan, Datuk Hajah Aini Safar, Ketua Cawangan UMNO Rancha-Rancha Laut, Rosman Hussien dan Ketua Cawangan UMNO Rancha-Rancha Darat, Mahli @Joe Buang.