JULINA ( empat dari kiri) bersamama Pengarah JKR Mohd Fairuz Mohd Ali Hanapiah (empat) Dari kananenyerahkan surat projek siap Kerja Penyelengaraan dan Pembaikan Kompleks Kementerian Komunikasi Wilayah Persekutuan Labuan.
LABUAN:Warga Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Wilayah Persekutuan Labuan diseru untuk meningkatkan persefahaman dalam melaksanakan sebarang visi jabatan.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan berkata, selain itu warga JAPEN di Labuan juga perlu ada kebersamaan dalam melaksanakan tugas agar mampu membawa impak yang positif kepada jabatan.
“Persefahaman dan kebersamaan dalam melaksanakan visi akan mendorong sinergi yang baik sekaligus boleh memberi sumbangan yang besar kepada jabatan dalam mencapai apa juga misi serta visi yang ditetapkan” katanya ketika mengadakan perjumpaan dengan kakitangan JAPEN Labuan disini kelmarin.
Beliau yang dalam rangka lawatan kerja ke Labuan turut menyeru kepada JAPEN Labuan untuk meneruskan kecemerlangan yang di pamerkan pada tahun lalu (2024).
“Tingkatkan prestasi kerja dengan memberi perkhidmatan yang terbaik secara berterusan selari dengan hasrat Perdana Menteri yang ingin melihat penjawat awam dapat meningkatkan produktiviti kerja dari masa ke semasa”,katanya.
Beliau juga turut berharap agar JAPEN Labuan dapat meneruskan kerjasama dengan pemegang taruh seperti agensi Komuniti Madani bagi menjadi pemudah cara yang efektif sekaligus meningkatkan imej jabatan.
Pada lawatan kerja itu, Julina turut menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap Kerja Kerja Penyelengaraan dan Pembaikan di Kompleks Kementerian Komunikasi Wilayah Persekutuan Labuan kelolaan Jabatan Kerja Raya.
Hadir sama Pengarah Kanan (Pengurusan) JAPEN, Naim Fahmi Ahmad Tajudin, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JAPEN, Mohammad Najmi Mustapha Dan Pengarah JAPEN Wilayah Persekutuan Labuan, Azman Sipan.