12 JAN 2019
KOTA MARUDU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan memantau dan memastikan saluran paip yang menghubungkan pili-pili bomba diselia dan bertekanan tinggi.
Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony berkata, kerjasama pihak polis dan bomba juga penting dalam memastikan pili bomba berfungsi dengan baik dan bebas vandalisme.
Beliau berkata,pemantauan bersama penting bagi memastikan tidak berlaku masalah pili bomba tidak bertungsi atau tekanan rendah ketika operasi bomba.
Beliau menegaskan demikian kepada selepas merasmikan Program Sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2019 KDM Malaysia Kota Marudu di Dewan Komuniti daerah itu pada Sabtu.
Pada majlis tersebut dtk peter yang juga presiden KDM Malaysia menerima borang 1000 keahlian baharu KDM dari Kota Marudu..Pres Sec MPI