30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JANS Tenom diminta atasi masalah bekalan air bersih yang terputus: Stanis Buandi

Kelihatan seorang penduduk di salah sebuah kampung di Melalap terpaksa mendapatkan air dari anak sungai.

TENOM: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Daerah ini diminta bertanggungjawab sepenuhnya dan memberikan komitmen yang tinggi bagi mengatasi masalah bekalan air bersih yang masih terputus di beberapa kampung terutama di kawasan Melalap.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Melalap Stanis Buandi berkata, masalah bekalan air bersih di kawasan Melalap berlarutan walaupun pemabaikan batang paip utama Loji Rawatan Air (LRA) Senagang dilaporkan siap sepenuhnya.

Katanya, bekalan air bersih di daerah ini terputus sejak 8 Mac yang lalu akibat hujan dan tanah runtuh yang mengakibatkan beberapa batang paip utama LRA Senagang yang membekalkan air bersih sebahagian besar daerah Tenom terputus.

“Pembaikan dan penggantian paip yang patah dan bocor telah dilakukan dan telah siap sepenuhnya hampir dua minggu sejak bencana tanah runtuh dan banjir berlaku” jelasnya.

Namun katanya, meskipun pembaikan dan penggantian paip patah dan bocor sudah siap, bekalan air terawat gagal disalurkan di sebahagian kawasan di Tenom dan yg paling terjejas adalah Mukim Melalap khususnya di Kampung Luang-Pulong.

Menurut Stanis yang juga Ahli Majlis Tertinggi PBS Pusat, beliau telah dimaklumkan oleh pihak JANS Daerah Tenom dan kontraktor telah memeriksa setiap paip tetapi tidak menjumpai apa-apa kebocoran atau paip patah.

Beliau berkata, kini sudah sebulan tiada langsung bekalan air terawat dibekalkan sedangkan keadaan cuaca baik walaupun kononnya LRA Senagang telah beroperasi sepenuhnya menurut ulasan daripada JANS.

“Paling terjejas ialah mereka yg merayakan Hari Raya baru-baru ini, tiada sumber air bersih dan hanya mendapat bekalan dari sungai yg diragui kebersihannya” tambahnya.

Sepatutnya kata Stanis JANS mengarahkan sepenuhnya kontraktor menyelasaikan masalah hingga dapat dan bukan ikut masa berkerja pejabat sampai jam 5.00 petang sudah berhenti mencari permasalahan.

Katanya, mereka sepatutnya berkomitmen tinggi kerana masalah tiada air ini melibatkan keperluan asas masyarakat.

Stanis juga meminta Kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya memantau situasi ini dan memastikan semua pengguna air di daerah ini mendapat bekalan air bersih secukupnya.

Pada masa sama Stanis mohon Menteri Kerja Raya campurtangan kerana masalah ini telah berlarutan selama sebulan.

“Berikutan masalah bekalan air ini rakyat di Mukim Melalap kini mula menunding jari kepada kerajaan hanya kerana jabatan air Tenom tidak berfungsi secara maksimum bagi mengatasi masalah air ini.

Sedangkan kerajaan telah memperuntukkan berbillion ringgit bagi mengatasi masalah air namun situasi tetap sama berlaku” jelasnya lagi.

Stanis berkata, beliau mewakili penduduk yang terjejas memohon sangat supaya bekalan air ini dipulihkan serta merta bagi membolehkan kehidupan masyarakat seharian berjalan dengan lancar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN