27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jangan terikut-ikut dengan rentak dan pergolakan politik di Semenanjung: Ghani Yassin

Ketibaan Ghani dan rombongan di Kampung Labang disambut dengan tarian tradisi.

NABAWAN:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin menyeru rakyat di kawasan ini agar tidak terikut-ikut dengan rentak dan pergolakan politik di Semenanjung.

Katanya, Sabah sudah mempunyai wadah politik iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS)yang menjadi landasan untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah.

“Kita yakin GRS yang dikemudikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mampu memperjuangkan hak rakyat Sabah dan membangun negeri ini berpaksikan slogan “ Sabah Maju Jaya” katanya.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah berkata, suasana politik di Semenanjung tidak sama dengan suasana politik di negeri ini.

Justeru itu katanya, rakyat di negeri ini khususnya di kawasan ini perlu mengekalkan budaya politik yang sihat dan elakkan dendam antara satu dengan yang lain.

Ghani menerima cenderakenangan daripada Louis.

“Kita jaga negeri kita, kita jaga rakyat kita, biarkanlah mereka di sana, kita ada GRS” 

“PRN 16 sudah berlalu di negeri ini, sekarang kita tumpuhkan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat tanpa mengira anutan politik mereka” katanya semasa berucap pada Majlis Amanat 2022 Pemimpin Masyarakat Setempat Mukim Sepulut di Dewan Serbaguna Kampung Labang Sepulut pada Sabtu.

Menurut Ghani, beliau adalah wakil rakyat bagi semua lapisan masyarakat di DUN N.46 Nabawan termasuk penyokong parti lawan pada PRN yang lepas.

Menyentuh tentang pelantikan pemimpin-pemimpin masyarakat Ghani berkata, mereka dilantik bukan berdasarkan sepenuhnya kepada sokongan kepada parti pemerintah tetapi berdasarkan kebolehan dan kemampuan seseorang sebagai pemimpin.

Turut berucap pada majlis itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Nabawan Deckson Andipai dan Ketua Daerah Nabawan OKK Ulin Datuk Pamiang.

Hadir sama Ketua Anak Negeri (KAN)Mukim Sepulut Louis Palanok @ Andy selaku pengerusi penganjur dan KAN Mukim Pamuntarian Barahim Andipoh.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN