ADVERTISEMENTspot_img

Jangan semakan PSS yang dicadangkan Parti Warisan Sabah yang terdahulu: Kong

RANAU: Ketua Exco Wiramuda Star Sabah, Kong Soon Choi menegaskan kepada pihak-pihak tertentu agar jangan semakan PSS yang dicadangkan oleh Parti Warisan Sabah terdahulu dengan hasrat kerajaan sekarang.


“Kerajaan GRS-BN membuat pendataan secara digital terlebih dahulu, dan tiada persetujuan pun menggunakan kad. Selepas itu barulah beralih ke langkah kedua, iaitu apa yang perlu di lakukan dengan angka yang di perolehi, dengan persetujuan kabinet kerajaan.


“Berbeza dengan pada masa pemerintahan Parti Warisan dengan PSS mereka, mereka cadang untuk terus berikan kad kepada 135,000 pemegang IMM13 tanpa melalui cabinet,” tegas Kong.


Menurut beliau, terdapat ramai lagi individu yang tidak berdokumen di Sabah yang perlu di ambi data siapa-siapakah mereka ini, samada mereka berasal dari Filipina, Indonesia, Pakistan, China dan lain-lain.


Kong memberitahu bahawa terdapat banyak keraguan terhadap PSS Warisan seperti, tidak ada transperansi, “Di mana banyak pihak tidak terlibat. Kita bantah pengeluaran kad yang diumumkan oleh federal.


“Ya, kita tidak percaya akan tindakan ini dan ia akan menjadi satu isu lagi. Berdasarkan kepada pengalaman dari dulu, asal dari federal “We don’t trust, we have no confident!,” tegas beliau.


Tambahnya lagi, Kabinet Sabah mahukan komiti sendiri dan sebab itulah Kabinet Sabah membuat satu Komiti Khas untuk melihat kepada perkara ini, kemudian ia dibuat dengan cara Sabah sendiri.


Kong menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Sabah hanya perlu sokongan dari Federal untuk memberikannya authority untuk melakukannya secara transperan.


“Apa yang kita utamakan ialah pendataan dahulu. Kerana PSS diumumkan dengan tiba-tiba. Kita tolak dan mahu pendataan dilakukan dahulu. We have to know what is the problem first. Kita terlebih dahulu perlu fahami masalah sebenar.


“Berapa ramai warga asing tinggal di Sabah? Di mana kedudukan mereka? Kita tidak mempunyai maklumat! Tanpa data semuanya kacau dan tidak menentu.


“Polis, imigresen, MKN, Jabatan Buruh dan lain-lain masing-masing mempunyai sedikit-sedikit maklumat dan tidak ada perkongsian data. Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat atau informasi yang tepat.


“Kita harus ada data informasi dahulu. Perlu ada integrasi informasi antara jabatan-jabatan berkaitan. Oleh itu kita perlu data informasi terlebih dahulu sebelum menentukan polisi dan bentuk dokumen yang akan dikeluarkan,” tegas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN