ADVERTISEMENTspot_img

Jangan perkecilkan PGRS yang memerintah: Norsalin

FAIL DAN BORANG… Norsalin (kanan) menyampaikan borang dan fail kerja kepada Ketua Cawangan GRS Munap Suaib.Foto Oleh A Jalil Madarin.

BENGKOKA: Naib Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Bengkoka, Norsalin Salam berkata, kesetiaan dan keikhlasan serta kejujuran adalah penting dan perlu ditanamkan apabila kita menyertai sesebuah parti politik.

Katanya, untuk memantapkan kedudukan sebuah parti seorang ahli perlu menanamkan sikap amanah atau jujur, taat setia dan berdedikasi serta sentiasa mengukuhkan silaturahim diantara satu dengan yang lain dan memperkasakan perpaduan dengan masyarakat luar.

“Parti politik pada dasarnya sama sahaja dan ianya amat penting kepada kita kerana tanpa parti politik kerajaan tidak dapat dibentuk untuk memerintah dan terserah kepada kita sebagai anggotanya untuk bersama memainkan peranan penting mentadbir maju dalam membantu parti memantapkan agenda kerajaan yang kita tunjangi,” tegasnya.

Beliau menasihatkan jika sudah berada dalam PGRS maka bersamalah kita bertekad agar tidak ada lagi pilihan lain selain parti ini dan tidak usahlah berhijrah dari satu parti ke parti yang lain kerana matlamatnya sama sahaja malah saya beranggapan PGRS adalah yang terbaik mentadbir negeri Sabah ketika ini.

“Jangan memperkecil kecilkan PGRS yang memerintah negeri Sabah ini kerana, parti inilah yang telah merubah keadaan baik dari sudut pembangunan infrastruktur dan sebagainya walau pun baru beberapa tahun memerintah,” katanya.

Norsalin berkata dibawah PGRS pendapatan kewangan negeri Sabah juga bertambah daripada RM4 billion pada tiga tahun lalu kepada RM7 billon ketika ini.

KENANGAN BERSAMA…Norsalin (duduk empat dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian ahli yang hadir.AJM

Sehubungan itu, beliau mengajak semua ahli PGRS dan mereka yang berada diluar sana agar menyokong kerajaan sekarang dibawah Pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Nor bersama kabinetnya untuk meneruskan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

Norsalin berkata demikian di Majlis Persidangan Cawangan Berkelompok PGRS Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kanibongan Zon Pesisir Bengkoka di Dewan Sri Pekan Kanibongan dekat sini baru-baru ini.

Beliau menambah enam cawangan dalam PDM Kanibongan pengundi terkini berjumlah 2,800 orang manakala pengundi dalam Dun Bengkoka seramai lebih kurang 17,618.

Menyentuh tentang pemilihan calon pada pilihan raya akan datang beliau menyokong penuh siapa sahaja calon dipilih yang penting dari Parti Gabungan Rakyat Sabah, PGRS.

Di majlis tersebut diselitkan pelbagai acara antaranya cabutan pengunjung bertuah yang membawa balik sebuah basikal dan ratusan pelbagai hamper.

Hadir sama, Pengerusi penganjur Norlizah Abdul Hari, Ketua PDM Kanibongan Jae-ly Madong, Setiausaha Bahagian Hasmat Salamat, Setiausaha Kerja Along KK Badawi, Ketua Penerangan Masrohoin Masrin, Pengerusi JKKK Kampung Desa Seberang Kanibongan Bengkoka Abdul Wahid Salam serta Ketua Ketua Cawangan di dalam PDM Kanibongan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN